Buletin

KIA JUAL LEBIH 2.7 JUTA KERETA PADA 2021, SASAR LEBIH 3 JUTA TAHUN 2022!

Kia adalah satu jenama kenderaan yang semakin disegani. Bukan setakat reka bentuk, kenderaan Kia sekarang juga canggih seperti yang boleh dilihat pada model elektrik EV6.

Kehebatan tersebut disumbang oleh sumber manusia yang hebat dan berkebolehan. Pasti ramai yang ingat kisah Peter Schereyer yang berjaya mengubah wajah kenderaan Kia.

Dengan populariti yang dikecapi sekarang, adakah Kia benar-benar berjaya atau berapakah jualan tahunan Kia?

Jualan besar dari luar negara

Untuk tahun 2021, Kia berjaya menjual 2,777,056 unit kenderaan iaitu 6.5 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Sejumlah besar jualan Kia disumbangkan oleh pasaran luar negara dengan peningkatan sebanyak 9.1 peratus kepada 2,242,040 unit!

Jualan pasaran negara sendiri pula adalah sebanyak 535,016 unit.

Model mana paling laris?

Kia KX3 atau Seltos

Model paling banyak dibeli ialah Sportage dengan jualan sebanyak 363,630 unit. Di tempat kedua ialah sebuah lagi SUV iaitu Seltos sebanyak 298,737 unit.

Menyusuli di tempat ketiga barulah sedan Forte dengan jualan sebanyak 240,627 unit.

Mahu catat jualan lebih tinggi 

Untuk tahun 2022, Kia mensasarkan jualan global sebanyak 3.15 juta unit. Sasaran di Korea ialah 562,000 unit dan 2.59 juta unit di pasaran antarabangsa.

Kia juga mahu memperkenalkan beberapa model seperti EV6 GT dan Niro baharu yang mencerminkan komitmen syarikat untuk menjadi pembekal penyelesaian mobiliti yang mampan.

Bermula sebagai pengeluar tiub besi dan komponen basikal

Walaupun hadir dengan produk yang nampak segar dan muda, Kia sebenarnya sudah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1944.

Kia bermula sebagai Kyungsung Precision Industry yang mengeluarkan tiub besi dan komponen basikal.

Pada tahun 1952 nama syarikat ditukar kepada Kia dan lima tahun kemudian mengeluarkan motosikal yang dilesenkan dari Honda.

Kia pada tahun 1962 melangkah beberapa tapak lagi dengan mengeluarkan lori di bawah lesen Mazda dan kereta pada tahun 1974.

Aktiviti mengeluarkan kereta dari jenama lain diteruskan sehinggalah Kia mampu berdiri di atas kaki sendiri dengan reka bentuk dan teknologi canggih seperti yang boleh disaksikan sekarang ini.

BACA: KIA CARENS 2022, 3 BARIS KERUSI 6 BEG UDARA UNTUK SEMUA VARIAN!

BACA: KIA FORTE GT 2022, 1.6L TURBO 200HP 6 KELAJUAN MANUAL!

BACA: KIA PROCEED GT – WAGON UNTUK PAPA YANG JIWANYA KELAJUAN

Google ads
Back to top button