
KIA CATAT JUALAN TERTINGGI SEJAK 1962! SPORTAGE PALING LAKU
Di dalam keributan industri kereta hari ini, terdapat pengeluar yang mencatatkan rekod jualan terbaik di dalam sejarah.
Kia memaklumkan prestasi jualan pada 2024 adalah yang terbaik sejak 1962! Jualan Kia mencecah 3,089,457 unit dan naik 0.1 peratus berbanding 2023.
Daripada jumlah tersebut, 540,010 unit di dalam negara, 2,543,361 unit di pasaran luar dan 6,086 unit kenderaan tujuan khas (SPV) (berdasarkan jualan runcit).
Di sebalik angka itu, jualan domestik menurun 4.2 peratus dan meningkat 1.0 peratus di luar negara berbanding 2023 (tidak termasuk SPV).
Pada 2023 Kia mencatat jualan sebanyak 3,087,384 unit dengan 563,660 unit di dalam negara, 2,518,016 unit di pasaran luar dan 5,708 unit SPV.
Tiga model terlaris dikuasai kenderaan utiliti sukan (SUV).
Sportage paling digemari dengan jualan 587,717 unit diikuti Seltos sebanyak 312,246 unit dan 287,005 unit untuk Sorento.
Untuk 2025 Kia menyasarkan jualan global sebanyak 3,216,200 unit dengan 550,000 unit di dalam negara, 2,658,000 unit pasaran luar dan 8,200 unit SPV.
Jualan domestik
- Jualan: 541,010 unit, menurun 4.2% berbanding 2023
- Model terlaris: Sorento (94,538 unit), Carnival (82,748 unit) Sportage (74,255 unit)
- Model penumpang: 143,437 unit, Ray (48,991unit) , K5 (33,837 unit), K8 (32,734 unit)
- Model RV: Sorento, Carnival, Sportage (251,541 unit), Seltos (61,897 unit), Niro (14,978 unit), EV3 (12,851 unit) – 354,627 unit
Jualan luar negara
- Jualan: 2,543,361 unit, meningkat 1.0% berbanding 2023
- Model terlaris: Sportage (513,462 unit), Seltos (253,490 unit), K3 (234,320 unit, termasuk K4)
Jualan SPV
- Jualan: 6,086 unit (2,136 unit domestik, 3,950 unit antarabangsa)
Jualan Disember 2024
- Jualan: 245,337 unit, meningkat 11.8% berbanding Disember 2023
- Jualan domestik: 46,070 unit, meningkat 2.8% berbanding Disember 2023
- Jualan pasaran luar negara: 193,887 unit, meningkat 14.2% berbanding Disember 2023
- Model terlaris: Sportage (44,793 unit) – domestik dan luar negara
- Model terlaris domestik: Sorento (8,828 unit), Sportage (8,428 unit), Carnival (7,235 unit) – 193,887 unit,
- Model terlaris pasaran luar: Sportage (36,365 unit), Seltos (16,609 unit), K3 (14,863 unit, termasuk K4)











