Buletin

MOTOR LAGENDA YANG LEJEN, WARNA DAN GRAFIK BARU YAMAHA LAGENDA 115Z 2017

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) mengumumkan warna dan  grafik baru untuk model kapcai popular mereka Yamaha Lagenda 115Z. Lagenda masih lagi peneraju pasaran bagi pasaran motosikal 115cc tempatan dan tidak dinafikan, walaupun ia sebuah motor yang ditingat taraf beberapa kali, ia tetap mampu menarik pembeli.

Dari model pembangunan asal Yamaha SR-V, Lagenda yang merupakan motosikal cub 4 lejang pertama Yamaha telah mengekalkan posisinya dengan perubahan dinamik, seiring dengan kehendak pasaran. Perubahan paling besar yang dibuat ialah peralihan kepada teknologi suntikan bahanapi – sekaligus menjadikannya lebih relevan.

Warna dan grafik baru ini ialah rangkaian asas warna merah, Biru dan Hitam. Sepertimana Yamaha 135LC yang menerima perubahan (minor dan major) sejak dilancarkan pada 2006, Lagenda juga cuba mencari rentak sendiri menerusi rekabentuk, kit badan dan juga warna yang sentiasa diperbaharui.

Harga jualan bagi motosikal ini termasuk GST ialah RM 5,683.72 (Tanpa Cukai Jalan dan Insurans)

Ia akan mula berada di pusat pengedar dan wakil jualan Yamaha di seluruh negara bermula minggu hadapan.

 

 

 

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button