Motosikal

EICMA2026: YAMAHA RW350 DIUMUMKAN – 28.8HP, 31.5NM

Yamaha memperkembangkan tawaran skuter adventure dengan Yamaha RW350 serba baharu menyertai RW700 dan RW700 Explore.

Seperti RW700, versi 350 ini mengekalkan rupa adventure agresif dan lasak namun dengan pakej yang lebih kurus dan mesra penunggang baharu.

RW350 ini juga dilengkapi dengan dua pemijak kaki bagi memudahkan penunggang berdiri sewaktu tunggangan off-road. Menurut Yamaha, ketinggian tempat duduk adalah 810mm dengan berat 192kg dengan tangki bahan api 13L diisi penuh. 

Menggerakan RW350 ini adalah unit 327cc satu silinder serba baharu yang berupaya menjana 28.8hp pada 7,000rpm dan 31.5Nm pada 5,750rpm. Enjin tersebut dipautkan kepada kerangka tubular steel dengan hanya transmisi CVT dipadankan pada swingarm. 

Yamaha mendakwa kaedah ini meningkatkan ketahanan dan tahap kelasakan ketika menunggang di permukaan tidak rata.

Bahagian depan terdiri dari fork terbalik 37mm dengan jarak gerak 140mm dan penyerap hentak berkembar belakang dengan pelarasan preload tujuh peringkat yang menawarkan jarak gerak 105mm.  

Skuter ini turut dilengkapi dengan rim 16-inci depan dan 14-inci belakang yang dipadankan bersama tayar Dunlop D616 jenis tubeless. Menariknya, Dunlop menghasilkan tayar ini khas untuk RW350.

Selain itu, antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ride-by-wire
  • tiga mod (Street, Eco, Explore)
  • cruise control
  • meter TFT 5-inci 
  • keyless
  • lampu LED 
  • USB Type-C
  • skid plate

Yamaha RW350 ini akan bersaing dengan Honda ADV350 untuk pasaran global. 

GALERI: YAMAHA RW350 2027

Google ads
Back to top button