Artikel Pilihan

TERKANDAS, LELAKI AJAIB INI UBAHSUAI KERETA JADI MOTOR UNTUK KELUAR DARI PADANG PASIR

Ini mungkin pengalaman yang tak pernah dilalui orang lain. Ia tentang bagaimana survival seorang laki yang tidak mahu mengalah. Keseorangan dalam kepayahan tanpa bantuan alatan atau manusia lain.

Dua dekad telah berlalu sejak seorang lelaki warga Perancis bernama Emile Leray menempuh  pengalaman menarik sewaktu kereta yang dipandu rosak di tengah-tengah gurun Maghribi (Morocco). Akibatnya Emile telah tersadai di tengah gurun dan tidak dapat ke mana-mana akibat kerosakan tersebut. Mungkin sesiapa sahaja akan merasa panik jika mengalami situasi yang sama tetapi tidak buat Emile.

BACA: SENARAI MODIFIKASI KERETA YANG TAK PATUT WUJUD DI BUMI

Penyelesaian yang dilakukannya juga cukup kreatif sehingga digelar dengan gelaran “extreme mechanic”. Kenapa tidak kerana Emile telah berjaya menghasilkan sebuah motosikal dengan menggunakan komponen-komponen kereta tersebut dan membolehkan beliau keluar dari kawasan gurun dengan selamat.

Kisahnya bermula pada tahun 1993, bila Emile membuat kembara solo ke Afrika Utara dan dihalang oleh pihak tentera yang berkawal dari memasuki kawasan larangan. Enggan berpatah balik, Emile membuat lencongan dan memasuki kawasan larangan tersebut dengan menggunakan kereta Citroen 2CV klasik beliau.

Pada usia 43 tahun ketika itu, Emile telah memandu sebuah Citroen 2CV dari sebuah bandar bernama Tan-Tan di Maghribi dan terus merentasi gurun Sahara. 2CV merupakan sebuah kenderaan yang cukup lasak asalkan dipandu dengan keadaan cermat. Ia juga diberi nama gelaran “unta besi”.

Selepas memandu sekian lama di gurun, Emile hilang kawalan sewaktu memandu disebabkan muka bumi yang beralun. Kereta tersebut kemudiannya melanggar bongkah batu dan mengalami kerosakan serius.

Memandangkan beliau mempunyai bekalan makanan dan minuman yang mampu bertahan sehingga sepuluh hari, Emile membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah motosikal daripada kereta tersebut. Untuk berjalan kaki keluar bukannya satu pilihan yang bijak di tengah-tengah gurun Sahara yang luas terbentang.

Emile mula meleraikan kereta tersebut dan menggunakan bahagian badan sebagai tempat perlindungan daripada ribut pasir. Beliau tidak mempunyai mesin pengimpal ataupun dril tetapi hanya mempunyai alatan asas seperti gergaji tangan, tukul besi dan beberapa peralatan lain.

Sebagai permulaan Emile telah memendekkan casis kereta tersebut dan dipadankan dengan gandar dan dua biji roda. Enjin dan kotak gear pula diletakkan di bahagian tengah. Disebabkan tidak mempunyai dril untuk menebuk lubang, beliau menggunakan skru untuk mencantumkan bahagian yang perlu dicantumkan. Macam mana nak tebuk lubang? Beliau akan membengkokkan bahagian yang ingin ditebuk beberapa kali untuk melembutkannya sebelum menebuknya menggunakan tukul dan pahat.

Tempat duduknya pula dihasilkan daripada bumper kereta. motosikal itu berjaya disiapkan selepas dua belas hari dan bekalan air Emile juga hanya tinggal setengah liter.

Sebaik berlepas, Emile menunggang selama hampir satu hari sebelum ditemui pihak polis Maghribi dan dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen motosikal. Mereka kemudiannya telah membawa beliau ke kampung terdekat untuk mendapatkan makanan dan barang keperluan lain.

Apapun kehebatan skil mekanikal beliau memang tinggi dan tidak kalah jika dibandingkan dengan watak adiwira Marvel, TonyStark ataupun Iron Man. Emile juga masih menyimpan motosikal tersebut untuk kenangan peristiwa tersebut.

Rasa macam nak leraikan Tiara belakang rumah convert jadi motosikal jugak la. Ok tak?

SUMBER FACTS.COM

 

 

Google ads
Back to top button