Motosikal

EICMA2026: YAMAHA LAHIRKAN PESAING HONDA X-ADV DENGAN RW700 – ENJIN CP2, Y-AMT

Yamaha akhirnya akan bersaing dalam segmen skuter adventure bagi tahun 2027 dengan pelancaran RW700 dan RW700 Explore di samping RW350.

Kelahiran model serba baharu ini mencerminkan usaha Yamaha untuk bersaing secara langsung dengan Honda X-ADV dan ADV 350. 

Pada tahun 2023, X-ADV muncul model kedua paling laris dari Honda bagi pasaran Eropah dengan 60,000 unit telah pun terjual sejak 2017. 

Atas kertas, RW700 dan RW700 Explore dikuasakan enjin ikonik CP2 yang sama terdapat pada Tenere 700 dan menghasilkan 68.3hp pada 8,250rpm dan 65Nm pada 6,750rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi Yamaha Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission) enam kelajuan. 

Menerusi sistem Y-AMT, RW700 dan RW700 Explore ini menawarkan pertukaran gear menggunakan butang atau fungsi automatik sepenuhnya. 

Yamaha memperkenalkan Y-AMT dua tahun lalu pada model MT-09 dan Tracer 9 namun menurut Yamaha, sistem Y-AMT pada RW700 dan RW700 Explore ini telah dibangunkan bagi menawarkan pengalaman menunggang off-road dengan lebih efisien. 

Sementara itu, membezakan RW700 dan RW700 Explore adalah suspensi hadapan dengan pelarasan preload dan rebound, grip dan tempat duduk dengan pemanas, centre stand, butang bercahaya dan dua warna istimewa. 

Namun begitu, kedua-duanya dilengkapi dengan fork terbalik 41mm dengan jarak gerak 160mm, ketinggian tempat duduk 810mm dan berat 221kg. 

Skuter adventure ini juga dilengkapi dengan tangki bahan api 14L dan dipadankan bersama tayar 120/70-17 depan dan 160/60-16 belakang. Masing-masing menggunakan tayar jenis tubeless. 

Pakej elektronik juga serba lengkap dengan ride-by-wire termasuk 6-axis IMU yang menawarkan traction control, slide control dan cornering ABS. Yamaha Ride Control (YRC) pula membenarkan penunggang menyelaraskan bantuan elektronik dan aliran kuasa dengan tetapan riding mode (Road dan Gravel). 

ABS belakang boleh dipadamkan ketika dalam mod Gravel sementara fungsi cruise control dan speed limiter turut ditawarkan secara standard. Segala maklumat boleh diakses menerusi paparan TFT 5-inci yang turut menawarkan turn-by-turn navigation melalui aplikasi Garmin StreetCross. 

Meskipun ruang bawah tempat duduk kelihatan kecil namun Yamaha mendakwa boleh memuatkan sebuah helmet full-face. Namun begitu, penghadang angin hadapan tidak boleh dlselaraskan.

GALERI: YAMAHA RW700 2027

GALERI: YAMAHW RW700 EXPLORE

Google ads
Back to top button