Buletin

HONDA CIVIC TYPE R MASUK MALAYSIA? OKAY NZ MASUK DAHULU

Baru-baru ini kami ada melaporkan tentang kemungkinan Honda Malaysia mengimport masuk Honda Civic Type R pada penghujung tahun nanti. Nampaknya warga New Zealand dapat merasainya dahulu apabila pengedar di sana sudah pun mula mengambil tempahan.

Jadi apakah hebat sangat FK8R ini?

Tiada apa pun kecuali ia kereta FWD terpantas setakat ini di Nürburgring.

Enjinnya pun biasa-biasa sahaja iaitu 2.0L DOHC i-VTEC dengan kuasa 306 hp dan tork 400Nm yang dipadankan bersama transmisi enam kelajuan manual.

Transmisi itu pun biasa-biasa sahaja kerana ia mempunyai teknologi yang mampu mengaktifkan pedal minyak secara automatik (blip) bagi menyamai rev enjin (rev match) supaya tukaran gear dan penghantaran kuasa lebih lancar.

Dan berikut ialah butiran lain tentang Honda Civic Type R

  • Roda aloi 20 inci dengan tayar 245/30
  • Brek Brembo 4 pot dengan cakera 350mm di depan dan 305mm di belakang
  • 14 peratus struktur badan menggunakan besi ketegangan sangat tinggi (AHSS)
  • Hud enjin daripada aluminium – 16 kg lebih ringan berbanding Type R terdahulu
  • Tiga mod pemanduan – Comfort, Sport dan +R
  • Honda Sensing Active Safety Technology

Walaupun Honda New Zealand sudah mengambil tempahan untuk Honda Civic Type R namun serahan kepada pelanggan hanya akan dibuat bermula pertengahan September nanti.

Harganya? NZD 59,900 atau RM 183,864.00 sahaja. Biasa-biasa sahaja bukan?

Lagi berita biasa-biasa mengenai Honda:

HONDA CIVIC EK – YOO PUTEH THE CHAMPION

S660 ROADSTER DIBINA OLEH MUKUMOTO-JURUTERA TERMUDA DALAM SEJARAH HONDA

Google ads
Back to top button