
MRANTI LANCAR MAKMAL ALAMI KENDERAAN BERAUTONOMI MRANTI (MRANTI AV VL)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MRANTI hari ini melancarkan Makmal Alami Kenderaan Berautonomi MRANTI (MRANTI AV VL) di Taman MRANTI yang merupakan makmal AV terbesar di negara.
MRANTI AV XL merupakan sebuah pusat kecemerlangan kenderaan berautonomi (AV) dan Next-Generation Vehicles (NxGVs) dengan tujuan memacu pembangunan, pengujian dan pengkomersialan inovasi teknologi kenderaan berautonomi.
Menurutnya, konsep makmal ini adalah berasaskan hasil perbincangan bersama pihak industri, agensi kerajaan serta pihak-pihak berkepentingan yang cenderung kepada reka bentuk berpaksikan manusia bagi penciptaan bersama.

MRANTI AV XL merangkumi laluan ujian sepanjang 12km disambung dengan tempat letak kereta bertingkat tertutup, kembar digital (penggabungan ujian maya dan penggunaan fizikal), liputan rangkaian 5G dan infrastruktur untuk AV berkomunikasi dengan pantas.
Usaha juga sedang dijalankan untuk MRANTI menawarkan AV simulator dengan MRANTI selaku AV-as-a-Service Certification, bertujuan menjadikannya pusat rujukan nasional bagi penggunaan dan pengaplikasian AV di jalan raya Malaysia.
“Usaha ini menyokong kepada Dasar Automotif Nasional (NAP 2020), merangkumi objektif seperti pewujudan tempat ujian AV dan mempromosikan NxGVs. Selain itu, ia juga merupakan inisiatif yang dapat meningkatkan kecekapan serta pengurangan gas karbon pada masa hadapan,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang.

“Visi utama MRANTI AV XL adalah menyediakan satu pusat sehenti kepada para inovator, korporat, penyelidik dan syarikat dalam bidang AV untuk meneroka, menguji, mengesahkan serta mengembangkan penyelesaian teknologi AV dalam persekitaran terkawal.”
Bersempena pelancaran MRANTI AV XL, lapan projek penyelidikan AV telah diumumkan bersama rakan strategik MRANTI iaitu Universiti Nottingham Malaysia, NanoMalaysia dan Institut Penyelidikan Tenaga di Universiti Teknologi Nanyang Singapura bagi menguruskan Pusat Kecemerlangan Pengujian & Penyelidikan AV (CETRAN).
Selain itu, MRANTI turut bekerjasama rapat dengan rakan industri seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii), Futurise serta pihak penguatkuasaan lain dan agensi kerajaan berkaitan.
- BACA: CARLOS GHOSN DIHALAU KELUAR DARI RUMAH AGAM BERNILAI USD19 JUTA DI BEIRUT
- BACA: WESTSTAR MAXUS MIFA 9 EV TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, 241HP, HARGA BERMULA RM269K
- BACA: PROTON DAFTAR TANDA DAGANG NAMA PROTON X80 – BERDASARKAN LIBOYUE L ATAU BOYUE COOL
- BACA: CFMOTO PERKENALKAN 450MT – JANA 47HP, TETAPKAN STANDARD BAHARU