TOYOTA CROWN SEDAN DILANCAR DI JEPUN, FCEV DAN HIBRID!
Selepas crossover dan sport Toyota memperkenalkan ahli keluarga terbaru dalam siri Crown. Toyota Crown Sedan tampil bergaya dan kemas tanpa lekukan badan yang dramatik.
Dari segi sejarah, Crown asalnya adalah sebuah sedan dan selepas kajian dibuat Toyota mengambil keputusan untuk membangunkan sedan jenis baharu.
Crown menawarkan keselesaan yang cemerlang dan pengalaman pemanduan bermutu tinggi. Toyota membangunkan Crown untuk kegunaan peribadi dan perniagaan.
Satu lagi yang menarik ialah penawaran rangkaian kuasa sel bahan api (FCEV) selain model hibrid (HEV).
Dari segi reka bentuk, Crown meneruskan gayaan yu tukul dan berjaya diterjemahkan dengan baik pada model-model terbaru Toyota yang dilancarkan sebelum ini.
Turut menonjol jeriji corak menegak yang nampak kemas dan menarik perhatian. Bahagian sisi ringkas tanpa drama manakala bahagian belakang juga kemas dengan lampu nipis dan melintang panjang.
Bahagian dalam Crown pula mempamerkan usaha pereka dalam menyeimbangkan gaya moden dan klasik.
Garisan melengkung dan melintang berlawanan atau suasana yang sibuk dan berlawanan dengan rekaan luar. Reka bentuk papan pemuka sebenarnya mirip Crown Crossover dan diolah supaya lebih mewah.
Jarak roda tiga meter memberikan ruang yang luas untuk kerusi belakang dan memenuhi keperluan sebuah kereta dengan pemandu.
Ruang kaki yang selesa juga membantu keluar dan masuk dengan lancar. Toyota melengkapi Crown dengan pelbagai fungsi hospitaliti untuk memberi keselesaan kepada penumpang belakang.
Faktor keselesaan juga disumbang sistem Ampaian Suai Kenderaan yang memastikan kesan jalan tidak rata dibawa kepada penumpang.
Olengan di selekoh dan gegaran dari jalan raya yang kasar turut dikurangkan.
Dari segi rangkaian kuasa, sistem sel bahan api sama seperti yang digunakan pada Mirai. Crown FCEV dilengkapi tiga tangki hidrogen tekanan tinggi dan sel bahan api.
Toyota memaklumkan Crown boleh dipandu sejauh 820 kilometer dengan tiga minit pengisian hidrogen.
Selain itu, Crown Sedan juga kenderaan Toyota pertama dilengkapi enjin 2.5 liter dengan sistem hibrid pelbagai peringkat yang baru dibangunkan.
Pakej hibrid terdiri daripada enjin dan dua motor yang digabungkan dengan gear bertahap (stepped gear). Ketangkasan kereta dapat dirasai pada semua julat kelajuan dengan bantuan daya kilas.
Di dalam sistem ini, kuasa maksimum enjin boleh didapati pada kelajuan 43 kilometer sejam (km/j) berbanding 140 km/j pada sistem sedia ada.
Putaran enjin kekal rendah pada kelajuan tinggi untuk perjalanan yang senyap dengan kadar penggunaan bahan api rendah.
Sebagai FCEV dan HEV, pengguna boleh menyambung perkakasan elektrik melalui dua slot AC100V 1,500W di dalam kereta.
Bukan sahaja boleh sewaktu kereta bergerak, fungsi tersebut juga boleh digunakan semasa kenderaan berhenti sebagai bekalan tenaga kecemasan.
Toyota mensasarkan untuk menjual 600 unit Crown Sedan di Jepun. Crown Z FCEV dijual pada harga 8,300,000 yen (RM257,616) dan 7,300,000 yen (RM226,578) untuk model Z HEV.
BACA: 300 JUTA KENDERAAN TOYOTA DIKELUARKAN SEJAK 1935, SIRI COROLLA PALING BANYAK!
BACA: TOYOTA CROWN KEMBALI, SEDAN PREMIUM DAN TINGGI DARIPADA CAMRY!
BACA: TRD PERFORMANCE PACKAGE UNTUK TOYOTA TUNDRA, DARI 389 HP KEPADA 421 HP!
BACA: TOYOTA SEDIA SIMULATOR UNTUK CUBA ISODYNAMIC PERFORMANCE SEAT, KERUSI DENGAN PENYERAP HENTAK!
BACA: TOYOTA FT-Se, KERETA SPORT ELEKTRIK TAMPIL GARANG DI TOKYO!
BACA: TOYOTA FJ BRUISER CONCEPT – APA SAHAJA BENTUK MUKA BUMI PUN TIADA MASALAH