
CFMOTO PERKENALKAN 450MT – JANA 47HP, TETAPKAN STANDARD BAHARU
Pengeluar motosikal China, CFMoto baru-baru ini mendedahkan rangkaian motosikal baharu termasuk konsep yang mengagumkan di EICMA 2023.
Salah satu jentera diperkenalkan ialah 450MT, motosikal yang dikhabarkan dibangunkan sejak sekian lama, namun kini, 450MT bersedia mengharungi jalan dan denai,
Dari perspektif penggayaan, jelas kelihatan bahawa reka bentuk CFMoto 450MT diilhamkan oleh rali Dakar, lengkap dengan kerja badan yang tinggi dan berotot.

Perincian lain termasuklah dilengkapi lampu depan LED yang disusun secara menegak, pelindung kemalangan selain, dimuatkan dengan aksesori lampu tambahan, pengawal tangan serta pannier.
Selain itu, ia diserlahkan lagi melalui roda hadapan 21-inci dan belakang 17-inci lengkap dengan getah dwiguna.
Beralih kepada kuasa, CFMoto 450MT dikuasakan oleh enjin yang sama terdapat dalam rangkaian 450 jenama China yang lain, dijana oleh enjin 450cc, penyejuk cecair, suntikan bahan api, berkembar selari, menghasilkan 47hp.

Sebaik sahaja ia memasuki mencapai pasaran, CFMoto 450MT dijangka akan menetapkan standard baharu dalam segmen pengembaraan peringkat permulaan.
Ia bakal bersaing dengan beberapa ADV kecil paling terkenal di pasaran, seperti KTM 390 Adventure, Kawasaki Versys X300, dan sudah tentu, Royal Enfield Himalayan 452 yang baru saja dilancarkan.
- BACA: YAMAHA, CFMOTO JALIN KERJASAMA – PERKUKUH JENAMA, RANGKAIAN JUALAN DI CHINA
- BACA: KL BIKE SHOW 2023: CFMOTO 800NK ADVANCED, 99HP, HARGA BERMULA 38K
- BACA: CFMOTO PAPI0 125 XO BAKAL TIBA DI PASARAN TEMPATAN PADA JUN. GAYAAN NEO-RETRO, 9.4HP, HARGA RM8.8K
- BACA: CFMOTO 700CL-X ADVENTURE (ADV) TIBA DI MALAYSIA APRIL 2023. 69HP, BERMULA RM35K






