Buletin

WESTSTAR MAXUS MIFA 9 EV TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, 241HP, HARGA BERMULA RM269K

Weststar Maxus hari ini secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik Weststar Maxus MIFA 9 untuk pasaran tempatan.

Weststar Maxus MIFA 9 diberi tanda harga bermula RM269,888 untuk varian Luxury sementara, varian Premium boleh dimiliki pada harga bermula RM289,888.

Tawaran tersedia untuk 100 pemilik pertama Weststar Maxus MIFA 9 adalah bakal menerima Pengecas AC 22kWj secara percuma.

Maxus 9 ialah MPV tiga baris dengan ukuran dimensi 5,270mm (panjang), 2,000mm (lebar), 1,840mm (tinggi) dan jarak roda 3,200mm.

Dari luar, Ia didatangkan standard dengan rim aloi 19-inci, lampu hadapan LED automatik, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED.

Selain itu, ia turut dilengkapi sunroof, pencahayaan ambien 64 warna, pelarasan stereng kuasa, tempat duduk hadapan berkuasa dan kerusi kapten baris kedua dengan fungsi urutan dan pemanasan.

Perincian lain termasuklah penghawa dingin automatik dengan pengudaraan untuk baris kedua dan ketiga, skrin digital 7-inci, sistem infotainmen skrin sentuh 12.3-inci dengan sokongan Android Auto/Apple CarPlay, pengecas telefon tanpa wayar serta sistem audio lapan pembesar suara.

Bagi varian Premium, ia didatangkan bersama upholsteri kulit tulen, tempat duduk hadapan berkuasa yang dinaik taraf dengan fungsi urutan, pemanasan, pengudaraan dan memori, kerusi kapten baris kedua gaya VIP, cermin pandang belakang digital dan sistem audio 12 pembesar suara.

Ciri bantuan keselamatan dan pemandu didatangkan sebagai standard, merangkumi amaran lalu lintas, amaran keluar lorong, bantuan jaga lorong, pemantauan titik buta, amaran trafik lintasan belakang, monitor panoramik dan penderia tempat letak kereta.

Beralih kepada kuasa, kedua-dua varian dijana oleh motor elektrik yang dipasang di hadapan, menghasilkan 241hp dan 350Nm tork.

Bateri litium-ion ternary dengan kapasiti tenaga 90kWj membolehkan MPV ini menawarkan jarak gerak sejauh 540km berdasarkan piawaian NEDC.

Bateri boleh dicas sepenuhnya dalam masa 8.5 jam dengan input AC maksimum 11kW, atau dicas daripada 30-80 peratus dalam masa sekitar 36 minit dengan pengecas pantas DC 120 kW.

Seperti dinyatakan di atas, Weststar Maxus MIFA 9 diberi tanda harga bermula RM269,888 untuk varian Luxury sementara, varian Premium boleh dimiliki pada harga bermula RM289,888.

GALERI:

Google ads
Back to top button