" "
Buletin

NEGARA KESATUAN EROPAH SETUJU LARANGAN JUAL KERETA PETROL, DIESEL TAHUN 2035

Tanggal 29 Jun 2022 menandakan bermulanya pengakhiran era enjin pembakaran dalaman di Eropah apabila kesemua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) bersetuju melaksanakan larangan penjualan kenderaan berenjin pada tahun 2035.

Ini bermakna, bermula tahun tersebut Eropah tidak lagi akan membenarkan penjualan kenderaan baharu dan van yang dikuasakan oleh enjin petrol dan diesel, termasuklah kenderaan hibrid dan plug-in hybrid.

Suruhanjaya Eropah juga turut bersetuju untuk memperkenalkan sasaran pengurangan emisi CO2 100 peratus pada tahun 2035 untuk kereta baharu dan van.

Sebelum larangan sepenuhnya itu dilaksanakan, para pengeluar perlu mematuhi peraturan pengurangan emisi CO2 sebanyak 55 peratus untuk kereta baharu (dan 50 peratus untuk van) pada akhir dekad ini.

Akhir sekali, Eropah turut membuat keputusan untuk menghentikan program insentif bagi kenderaan sifar emisi dan rendah emisi (ZLEV) pada tahun 2030. – Motor1

Google ads
Back to top button