
RB17 – HYPERCAR HIBRID 1,100 HP YANG BAKAL DIBINA OLEH PASUKAN F1 RED BULL
Red Bull menerusi Divisyen Advanced Technogies baru-baru ini mengumumkan kehadiran sebuah hypercar serba baharu yang bakal menawarkan pengalaman pemanduan dalam litar yang terulung pada masa akan datang.
Ia diberikan nama RB17, di mana angka tersebut sebenarnya sengaja dielakkan oleh pasukan Red Bull untuk jentera F1 daripada RB16 kepada RB18 untuk tahun ini.
Rekaan RB17 datangnya daripada Adrian Newey, insan di sebalik jentera-jentera terhebat F1 serta pencipta asal Aston Martin Valkyrie.
Difahamkan, RB17 ini bakal menampilkan trenkuasa hibrid V8 turbo berkembar dengan kuasa melebihi 1,100 hp, binaan badan daripada komposit karbon, serta pakej aerodinamik termaju yang tidak terdapat pada mana-mana kereta produksi bersiri.
Red Bull akan memasang kira-kira 50 unit sahaja dengan kadar pemasangan 15 unit untuk satu tahun, bermula 2025.
Harga jualan anggaran bermula dari £5 juta (RM26.74 juta) untuk sebuah jentera hypercar yang mungkin sekali tidak dibenarkan dipandu atas jalan raya umum.
Kos yang disebutkan itu tadi adalah termasuk dengan pakej akses kepada program simulasi pasukan F1 Red Bull, serta kelas latihan eksklusif di atas litar daripada pasukan teratas sukan Formula One.
Menarik bukan?