Buletin

NISSAN 370ZKI – BUANG TAYAR MAIN SKI AIS

Nissan adalah syarikat yang padu. Sebab apa? Sebab Nissan buat kereta elektrik macam LEAF dan kereta legenda Skyline yang sudah berzaman dalam pasaran.

Nissan juga buat van hibrid macam Serena S-Hybrid dan selamba sahaja jual di dalam negara kita. Walaupun ETCM jual juga Almera tetapi yang itu wajib sebab memang dah pasaran gemarkan kereta begitu.

Cuba lihat berapa banyak jualan Honda City, Toyota Vios dan Proton Persona. Barang boleh jual. Tidak mengapa, kita tunggu Almera generasi baharu mana tahu ada bentuk macam GT-R.

Sebelum ini tular tentang Nissan GT-R50 by Italdesign. Memang lawa dan rasanya elok jika Nissan keluarkan sahaja model tersebut untuk jadi produksi umum berbanding sekadar model tayangan sahaja.

Sebelum GT-R50 by Italdesign diumumkan di media, Nissan sebelum ini ada satu projek yang agak gila dengan satu lagi model ikonik iaitu 370Z Roadster.

Nama model ini ialah Nissan 370Zki atau 370Z yang dibuang keempat-empat tayar dan dijadikan kenderaan salji. Ini bukan projek acah-acah sebab Nissan memang buat betul tetapi ada satu unit sahaja dalam dunia.

BACA: NISSAN DAN ITALDESIGN REKA EDISI KHAS GT-R50, SEMPENA ULANGTAHUN KE-50 GT-R

 

Menurut Nissan, memandangkan model Z ini mempunyai warisan dalam dunia permotoran apa salahnya jika dibuat sebuah model untuk digunakan di atas salji. Ada logik juga idea ini.

Di bawah ialah bagaimana Nissan merealisasikan projek ini:

  • Projek ini bukan senang hendak dilaksanakan. Daripada kereta di atas jalan raya nak jadi kereta sali.
  • Enjin 370Z ini mula sekali ditanggalkan sebab nak pasang trek salji
  • Badan kereta ditinggikan sebanyak tiga inci menggunakan lift kit yang dibuat khas
  • Selepas itu, kena buat cagak khas pula bagi untuk suspensi belakang
  • Untuk memasang trek salji, Nissan menggunakan spacer custom bersaiz tiga inci pada hub roda
  • Kereta ini masih menggunakan brek asal tetapi saluran brek dialihkan manakala sistem ekzos pula diubahsuai untuk dimuatkan di bawah kenderaan
  • Bahagian roda juga diubahsuai untuk menyesuaikan dengan trek salji berukuran empat kaki panjang
  • Pada bahagian depan, suspensi telah diubahsuai untuk selaraskan dengan ketinggian baharu
  • Trek salji depan dan belakang dibekalkan oleh American Track Truck, Inc.
  • Hub roda depan masih standard dan dipasangkan trek salji dengan spacer
  • Transmisi dan enjin pula dipasangkan secara khas manakala bahagian bawah dilindungi dengan plet supaya tidak rosak apabila dibelasah di atas salji  
  • Untuk kemasan kosmetik pula, tiada kerja besar pun kecuali dibalut dengan pelekat oleh Icon Image Graphics manakala lampu depan dilekapkan dengan filem kuning supaya nampak seperti kaca mata ski

Projek ini memang padu tetapi Nissan saja buat suka-suka dan memang tidak dijual. Tetapi rasanya sesiapa yang berduit boleh tempah khas sebab seronok juga main kereta salji. Main dekat Bukit Cerakah on ni.

Tags
Google ads
Back to top button