BuletinMotosikal

DUCATI MENANG PIKES PEAK – TAHUN INI 7 KALI DAH MENANG!

Perlumbaan ke awan atau Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) sudah berlalu pada 24 Jun lepas. Dah lepas tetapi ada satu berita menarik.

Sebelum itu Pikes Peak tahun ini adalah yang ke-96 dan memang sejarah betul.

Juara dalam perlumbaan Pikes Peak tahun ini ialah Romain Dumas yang memandu kereta elektrik VW I.D R dengan masa 7 minit 57.148 saat. Rekod tersebut memang padu dan akhirnya berjaya memecahkan masa yang dipegang oleh Sebastien Loeb dengan 8 minit 13.878 saat pada tahun 2013.

Ini adalah kali pertama seorang pelumba dan kereta berjaya mencatat masa di bawah lapan minit. Jarak perlumbaan ke puncak ialah 19.3 kilometer dengan 156 selekoh.

Memang padu. Di sebalik rekod yang dicatatkan oleh kereta dan berita yang tidak kurang menarik ialah kategori motosikal.

Kategori ini pun boleh tahan sebab ini adalah perlumbaan ke puncak gunung dan kiri-kanan jalan adalah gaung. 

Untuk tahun ini, Carlin Dunne yang mewakili pasukan 2018 Spider Grips Ducati Pikes Peak telah berjaya menjadi pelumba terpantas dan menjadi King of the Mountain dengan catatan masa 9 minit 59.102 saat. 

Beliau menunggang motosikal Ducati Multistrada 1260 Pikes Peak dan ini adalah kali keempat beliau menjuarai Pikes Peak. Beliau juga adalah penunggang pertama yang berjaya menghabiskan perlumbaan di bawah 10 saat pada tahun 2012 dengan model Multistrada 1200 S.

Ducati dah biasa sangat memenangi perlumbaan dan ini adalah kali yang ketujuh sejak tahun 2008. 

Ducati Multistrada 1260 Pikes Peak yang digunakan ini bukan biasa-biasa sebab ia mempunyai enjin dengan sesaran lebih besar iaitu 1262 cc Ducati Testastretta DVT dan 18 peratus lebih tork pada kuasa enjin pertengahan. Casis juga ada perbezaan supaya lebih stabil.

Selain Carlin Dunne, ada seorang lagi penunggang yang menggunakan motosikal Ducati iaitu Codie Vahsholtz yang berjaya mendapat tempat ketiga dnegan masa 10 minit 12.703 saat. 

Ducati pada tahun ini menyertai perlumbaan dengan rakan kerjasama seperti Shell Advance, Brembo, Pirelli, Termignoni, Spider Grips, Ducati by Rizoma, Race Tech, Revl dan Racing Cowboys.

BACA: DUCATI BANGUNKAN MOTOSIKAL DENGAN TEKNOLOGI RADAR

BACA: MODIFIKASI EKSTREM DUCATI SCRAMBLER EMAS DARIPADA AELLAMBLER JEPUN

Google ads
Back to top button