Artikel PilihanMotosikal

MOTOGP: TINDAKAN TIDAK BIJAK DOVIZIOSO SEBABKAN SAYA KEHILANGAN PODIUM – ROSSI

Selepas mana-mana acara ataupun perlumbaan pun mesti ada perkara berbangkit dan rasa tak puas hati. MotoGP Assen hujung minggu babru-baru ini menyaksikan kemenangan Marc Marquez yang semakin mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu. Tapi selepas perlumbaan Valentino Rossi telah menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang dikatakan telah mengakibatkan beliau gagal menaiki podium.

Rossi menegaskan yang tindakan Dovizioso itu bukan hanya sangat agresif tetapi telah mengakibatkan kedua mereka gagal menaiki podium. Ia memang sangat mengecewakan di saat Rossi ingin menambah pungutan mata.

Pada saat Marc Marquez berjaya keluar dari kelompok enam pelumba paling hadapan, Rossi sedang berusaha untuk mendapatkan tempat kedua pada dua pusingan terakhir. Rossi berjaya memotong Dovizioso pada selekoh terakhir tetapi pelumba Ducati itu tidak mahu mengalah dan kekal berada di sebelah Rossi sehingga ke selekoh pertama.

 

Keduanya terpaksa membelok dengan lebar dan sekaligus menyebabkan Rossi jatuh ke kedudukan ke enam sebelum berjaya bangkit kembali dan kekal di tempat kelima sehingga tamat perlumbaan.

Rossi menyatakan yang tindakan Dovizioso bukanlah sesuatu yang bijak kerana memberi peluang kepada Alex Rins dan Maverick Vinales mencelah dan merebut dua tempat lagi di atas podium bersama Marquez.

BACA: MOTOGP: KEDUDUKAN MATA SELEPAS 8 PUSINGAN. MARWUEZ SEMAKIN SUKAR DIGUGAT

Memang sesuatu yang menyedihkan menurut Rossi kerana beliau sepatutnya berada di atas podium tetapi akhirnya hanya mendapat tempat kelima. Beliau memang cukup berhati-hati ketika perlumbaan kerana menggunakan tayar lembut di belakang dan sentiasa mengerahkannya sehingga ke had maksima. Bukan itu saja, Rossi turut berusaha keras untuk berada pada kedudukan kelompok hadapan.

Dovizioso cuba memotong Rossi pada selekoh pertama dan Rossi membrek agak kuat. Pelumba Ducati tersebut yang tiba agak cepat dan agresif menyebabkan Rossi terpaksa mengelak ke samping sekaligus membuka ruang untuk pelumba-pelumba di belakang mereka.

Rossi sekali lagi menegaskan yang ia memang satu tindakan yang kurang bijak kerana beliau dan Dovizioso sendiri sepatutnya berada di atas podium dengan kedudukan kedua dan ketiga tapi akhirnya mereka mendapat kedudukan keempat dan kelima. Ia memang memalukan tapi apa nak buat kerana ia memang adat perlumbaan. Rilak la King, banyak lagi race lepas ni kan? Boleh cover balik mata yang hilang.

 

Google ads
Back to top button