Buletin

NISSAN BAKAL PECAT 4,300 PEKERJA, TUTUP OPERASI 2 KILANG

Nissan sedang bergelut menghadapi hari mendungnya apabila rancangan perniagaan mereka nampaknya tidak membuahkan hasil. Terbaru, krisis penahanan bekas CEO Eksekutifnya Ghosn memburukkan lagi keadaan pengurusan yang sedia kucar-kacir.

Dengan jualan kenderaan Nissan merudum di seluruh dunia, operasi syarikat Jepun itu di peringkat global nampaknya mula terjejas. Terbaru, laporan Reuters memberitahu bahawa Nissan muungkin melakukan langkah drastik demi mengurangkan perbelanjaan keseluruhan berjumlah 480 billion yen (RM17.98 billion) menjelang tahun 2023.

Antara pelan penstrukturan syarikat ini ialah memberhentikan khidmat 4,300 kakitangan kolar putih, menghentikan operasi dua kilang mereka dan juga mengurangkan varian model di beberapa pasaran yang terjejas.

Langkah pengurusan baru ini juga melibatkan pengurangan perbelanjaan bagi pengiklanan serta “catuan” pengenalan model-model baru di pasaran akan datang.

Buat masa ini, penstrukran ini hanya akan melibatkan ibu pejabat Nissan yang bertempat di Amerika Syarikat dan Eropah.Menurut sumber yang dihubungi agensi berita antarabangsa itu, kebanyakan langkah yang disenaraikan telah pun mendapat lampu hijau daripada barisan pengarah Nissan pada November tahun lalu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, majoriti model baru yang diperkenalkan di India, Russia, Afrika Selatan dan Asia Tenggara di bawah jenama Datsun tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

KREDIT: REUTERS

Google ads
Back to top button