BuletinMotosikal

“DI TEMPAT KEDUA, BERMAKNA ADA TEAM LEBIH BAIK DARI KAMI” – DALL’IGNA

Belum pun sempat dijawab oleh kem Honda, nampaknya kenyataan yang dikeluarkan oleh Boss besar Ducati dijawab oleh pengurus Ducati Corse, Gigi Dall’Igna.

Gigi berfikiran lebih konservatif dan rasional dalam menyatakan tindak tanduk kemenangan Ducati di tempat kedua dalam menilai lawannya dalam MotoGP tahun lepas.

Beliau berkata kepada wartawan GPOne,- Paolo Scalera, Gigi memberi penilaian yang cukup komprehensif dalam perlumbaan paling berprestij itu.

Ketika ditanya tentang perkembangan terbaru dalam musim 2020 dan persediaan pasukan jentera Ducati Desmosedici GP20 Gigi memberitahu

Ada banyak inovasi yang melibatkan pada semua aspek motosikal. Bermula dari enjin, kerangka dan aerodinamik. Sebelum ini kami telah menumpukan pada hal kerangka dan kali ini kami perbaiki kerangka dan swingarm belakang.

“Berkenaan aerodinamik, kami ada strategi baru. Peraturan sedia ada taj memungkinkan kami menukar banyak bahagian jentera. Apa yang kelihatan bagus semasa simulasi perlu diuji dalam medan sebenar. Kami hanya akan dapat ketahuinya selepas ujian semasa pra musim di Sepang dan pembukaan perlumbaan di Qatar”

“Dari segi enjin pula, kami dah buat beberapa kemajuan penting yang mana, prestasi kami telah didekati Honda dalam beberapa tahun kebelakangan. Ia perlu dibuat namun terlalu banyak kuasa akan hasilkan pengendalian yang teruk.

“Sedangkan kedua-dua aspek (kuasa dan pengendalian) dipertanggungjawabkan pada orang yang berbeza. Jadi, meningkatkan prestasi kerangka tidak bermakna meninggalkan aspek kuasa”

Dall’Igna juga ditanya tentang pendapat Andrea dovizioso yang mengakui bahawa Marc Marquez sangat pantas sehingga pada dasarnya tiada strategi khusus untuk menewaskan pelumba Honda itu.

“Saya rasa, adalah jelas bahawa Marquez menjadi rujukan pada hari ini. Dari sudut perlumbaan, Marquez mungkin telah menemui cara baru mengendalikan RC213V. Semua pelumba cuba menirunya namun ia sebenarnya salah.

“Pelumba seperti Dovi dan Petrucci perlu meningkatkan kemahiran mereka sendiri. Kami sendiri berusaha keras untuk meningkatkan prestasi jentera kerana Honda, seperti pasukan lain juga melakukan yang terbaik untuk sentiasa selangkah di hadapan”

Ketika pelancaran pasukan Ducati, Ducati CEO Claudio Domenicali secara sinis menyindir Honda berkenaan kemenangan “tunggal” oleh Marquez. Beliau memberitahu bahawa Ducati lebih memilih untuk jadi naib juara asalkan kedua-dua pelumba mereka berprestasi seimbang.

Domenicali secara terang-terangan membidas kejuaran Honda yang hanya mengharapkan pada prestasi seorang pelumba sedangkan pelumba keduanya langsung tidak mendapat kedudukan 10 terbaik pun. Namun bagaimana pula pandangan Gigi Dall’Igna?

Menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri adalah perkara terburuk baik dari pandangan pelumba ataupun jentera. Pada akhirnya, kami menang dan kami juga kalah bersama.

“Menjadi yang kedua bererti kami kalah kerana sudah tentu, di tempat kedua, bermakna ada yang lebih baik dari kamu. Jadi, untuk mengatakan bahawa kami ada motosikal terbaik di dunia pun saya tak peduli, Yang saya inginkan ialah jadi uara dunia.”

Google ads
Back to top button