,
Buletin

2020 MUSIM TERAKHIR ROSSI BERSAMA PASUKAN FACTORY YAMAHA?

Yamaha Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan bahawa 2020 mungkin merupakan musim terakhir pasukan factory Yamaha menggunakan khidmat juara dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi. 

Selepas perbincangan bersama, Yamaha dan Rossi dilapor bersetuju untuk membuat keputusan sama ada akan kekal sebagai pelumba MotoGP bagi tahun 2021 pada pertengahan tahun ini.

Tempoh itu diminta sendiri oleh Rossi bagi menilai keupayaannya selepas bersaing dalam tujuh atau lapan perlumbaan pertama bagi musim ini. 

“Kami hormati permintaan Rossi untuk menilai tahap kompetitifnya pada tahun 2020 sebelum membuat keputusan bagi musim 2021. 

“Walaupun kami menghormati dan yakin dengan keupayaan Rossi untuk saingan musim 2020, harus tahu bahawa Yamaha juga ada perancangan masa depan. Dengan enam pengeluar motosikal bersaing dalam kelas MotoGP, pelumba muda berbakat besar sememangnya dicari. Malah pencarian itu bermula lebih awal lagi. 

“Memang pelik rasanya bila memulakan musim 2021 tanpa Rossi, tetapi Yamaha akan terus menyokongnya biar apa pun keputusan yang diambil nanti. Jika dia rasa yakin dan mahu terus berlumba, kami akan sediakan sebuah jentera YZR-M1 dengan spesifikasi factory dan sokongan kejuruteraan sepenuhnya. 

“Sekiranya dia mahu bersara, kami akan meneruskan kerjasama di luar litar menerusi program-program latihan pelumba muda di Riders Academy dan Yamaha VR46 Master Camp,. Selain mengekalkannya sebagai duta jenama Yamaha,” kata Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis. 

Biar apa pun keputusannya nanti, Yamaha akan memberi sokongan dan tumpuan penuh bagi musim 2020. Tahun 2020 menjadi penyertaan ke-25 Rossi dalam perlumbaan Grand Prix, musim ke-21 dalam kelas premier dan tahun ke-15 bersama Yamaha.  

 “Aatas sebab yang ditentukan oleh pasaran pelumba, Yamaha ada meminta saya membuat keputusan pada awal tahun mengenai masa depan saya. Konsisten dengan apa yang saya nyatakan pada musim lalu, saya tidak mahu terburu-buru dan perlukan lebih banyak masa. Yamaha sangat memahami dam menghentikan rundingan. 

“Selepas perubahan teknikal kali terakhir dan ketibaa ketua krew yang baru, matlamat utama saya adalah untuk lebih kompetitif tahun ini dan meneruskan kerjaya sebagai pelumba pada tahun 2021. 

“Tetapi, sebelum membuat keputusan itu, saya perlu mendapatkan jawapan daripada beberapa perlumbaan awal. Saya juga gembira kerana jika saya ingin terus berlumba, Yamaha sedia untuk memberi sokongan dari semua segi. Jadi, saya perlu lakukan yang terbaik bersama pasukan dan bersedia untuk memulakan musim ini,” kata Rossi.  

Tags
Google ads
Back to top button