Buletin

NISSAN GT-R ULANG TAHUN KE-45

Nissan Motor Co., Ltd. baru-baru ini memperkenalkan Nissan GT-R Ulang Tahun ke-45 yang akan mula dijual di Jepun pada Februari 2015.

Nissan GT-R

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Nissan GT-R dikenali sebagai kereta super sports berkuasa tuinggi dan membuktikan komitmen Nissan dalam menghasilkan inovasi yang mengujakan.

Model tahun 2015 ini dikatakan lebih selesa bersama kemasan dan kehalusan buatan yang terbaik. Dibina berdasarkan kepada Nissan GT-R 2015, model khas itu tampil dengan warna istimewa iaitu “Silica Brass”.

Nissan GT-R

Ia merupakan warna sama yang digunakan pada model Skyline GT-R M-Spec (R34 Type). Ketika dikeluarkan pada tahun 2001, jentera itu disifatkan sebagai GT-R untuk pemandu berpengalaman.

Nissan GT-R edisi terhad itu hanya ditawarkan dengan kemasan Edisi Premium. Nissan akan mula menerima tempahan model tersebut mulai Januari 2015. Hanya 45 unit akan dihasilkan.
2015 Nissan GT-R

Menggunakan enjin VR38DETT yang dipadankan dengan kotak gear berkembar GR6 Type, Nissan GT-R Ulang Tahun ke-45 ditawarkan pada harga ¥10,787,040 (RM311,660) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button