Motosikal

MINI CITYSURFER CONCEPT

MINI baru-baru ini memperkenalkan solusi pengangkutan terbaharu untuk warga kota, dikenali sebagai MINI Citysurfer Concept.

MINI-Citysurfer-mekanika  (4)

Skuter yang kompak, ringan dan bebas emisi itu dilihat ideal untuk pengguna yang sentiasa bergerak di bandar. Misalnya dari stesen kereta api ke pejabat berhampiran. Menilai semua faktor tersebut, kemudahan mobiliti sebegini sememangnya cukup menarik.

MINI-Citysurfer-mekanika  (9)

Sebuah motor eletrik dengan pacuan auxiliary yang disambung ke roda belakang membolehkannya mencatat kelajuan mencecah 25km/j. Sebagai langkah keselamatan, kuasa auxiliary daripada motor eletrik tidak akan diaktifkan sehinggalah pengguna mencapai kelajuan sepatutnya menerusi pergerakan fizikal.

MINI-Citysurfer-mekanika  (8)

Motor elektrik itu dikuasakan oleh sebuah bateri lithium-ion berprestasi tinggi yang disimpan di dalam bekas kalis air di bawah papan pemijak. Tenaga elektrik yang disimpan pada bateri lithium-ion tersebut boleh mencapai jarak sejauh 15 hingga 20km dengan sekali caj. Bateri itu dicaj menggunakan soket di rumah atau bekalan kuasa 12V di dalam kenderaan. Ia  juga boleh dicaj apabila pengguna menggunakan breknya.

MINI-Citysurfer-mekanika  (14)

Bagi meningkatkan tahap kecekapannya, MINI Citysurfer Concept dilengkapi satu sistem pengurusan baharu yang berfungsi mengawal penggunaan dan penghasilan tenaga berdasarkan kepada ketahanan bateri serta penjimatannya.

MINI-Citysurfer-mekanika  (11)

Apabila bateri sudah habis sepenuhnya, motor elektrik akan dimatikan secara automatik dan tidak lagi disambungkan dengan roda belakang. Jadi, pengguna boleh menggerakkannya menggunakan kaki secara manual.

MINI-Citysurfer-mekanika  (17)

Hanya seberat 18kg dan boleh dilipat, MINI Citysurfer Concept dapat disimpan dengan mudah, walaupun di dalam kereta kompak seperti MINI hatchback.

MINI-Citysurfer-mekanika  (1)

Pemegang telefon pintar pada bar hendal meningkatkan lagi fleksbiliti MINI Citysurfer Concept. Mereka boleh menggunakannya sebagai alat navigasi supaya tidak tersesat. Sebuah soket pengecas pada hendal juga memastikan telefon pintar anda tidak akan kehabisan bateri.

MINI-Citysurfer-mekanika  (12)

Harus tahu juga bahawa reka bentuk, kemasan dan pacuan MINI Citysurfer Concept telah direka supaya ia dapat disesuaikan dengan keperluan tertentu di pasaran yang berbeza.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button