Modifikasi

HONDA CIVIC SR3 TURBO

Bermula sebagai sebuah Honda Civic SR3 pemasangan tempatan, kereta ini mula berubah sedikit demi sedikit menjadi Civic EG6 berspesifikasi Jepun.

Honda-civic-turbo-mekanika (9)

Ubah suai paling penting tentulah pada bahagian nadi kenderaan. Bagi kereta berjenama Honda, tak ada enjin lain selain daripada enjin berteknologi VTEC.

Kereta ini dipasang dengan enjin B16B, enjin yang diambil daripada Civic EK9 Type-R, Civic Type-R generasi pertama. Enjin ini kalau tak diubah suai pun dah cukup kuat – 180hp tanpa bantuan turbo.

Honda-civic-turbo-mekanika (11)

Tetapi bagi yang gila kuasa, 180hp bukanlah satu angka yang besar, terutama kalau mereka yang mahukan daya kilas tinggi. Enjin VTEC memang agak lemah pada  bahagian ini. Jadi, nak mudahkan kerja, sumbatkan saja kit turbo!

Nak masukkan kit turbo begitu saja pun boleh sebenarnya, tapi tak boleh la nak main boost tinggi, lagi-lagi enjin VTEC mempunyai nisbah mampatan yang tinggi. Jadi omboh asal enjin diganti dengan omboh mampatan rendah CP Carillo yang bersambung pada conrod jenis forged daripada Brian Crower.

Honda-civic-turbo-mekanika (2)

Apabila enjin dah bersedia, tibalah masa untuk sumbatkan turbo. Turbo pilihan ialah turbin IHI RX6 jenis ball-bearing yang dipadankan dengan kepala silinder bersama manifold ekzos buatan custom oleh Tonkka.

Boost dilaras pada tahap maksima 1.7 bar, terima kasih kepada pengawal boost elektronik daripada GReddy dan wastegate jenis external Tial. Untuk menyejukkan turbin, sebuah intercooler GReddy digunakan dan menghiasi bahagian depan bampar. Melengkapkan sistem turbo ini ialah injap blow-off jenama Tial.

Honda-civic-turbo-mekanika (3)

Sangat penting sebenarnya menyuap petrol yang cukup kepada enjin apabila enjin diubah suai di tahap ni. Sebab itu Civic dibekalkan dengan pam bahan api Walbro dan alat suntikan bahan api daripada FIC.

Untuk mengawal campuran petrol dan udaranya, tugas itu diserahkan kepada Hondata, sistem ECU boleh diprogram buatan Amerika Syarikat (AS) yang sekarang ni cukup popular untuk talaan enjin Honda di Malaysia. Untuk mendapat prestasi yang terbaik, sistem nyalaan enjin diganti dengan sistem nyalaan daripada MSD, satu lagi jenama popular dari AS.

Honda-civic-turbo-mekanika (1)

Kuasa dan daya kilas dari enjin dihantar kepada kotak gear manual lima kelajuan standard B16B yang menggunakan nisbah gear akhir 4.4. Kotak gear diperkukuhkan dengan klac jenis perlumbaan. Sistem LSD helical asal diganti dengan LSD mekanikal jenis full lock jenama Spoon.

Untuk pengendalian, Civic ini dilengkapi penyerap hentak boleh laras Tanabe Sustec. Ruang arca roda dipenuhkan dengan kombinasi rim dan tayar yang agak pelik. Sekali imbas, memang nampak tak ada yang istimewa.

Honda-civic-turbo-mekanika (12)

Rim yang digunakan ialah rim aloi Volk Racing TE37 asli. Cuma, rim depannya lebih besar daripada yang belakang! Kira macam gaya kereta FR, tetapi dalam kes ni, terbalik. Rim depan berdiameter 16 inci dengan tayar Yokohama 205/45/16. Di belakang pula, rimnya berdiameter 15 inci dengan tayar Toyo bersaiz 195/55/15. Dah nama pun kereta FF, kena la cengkaman lebih di bahagian depan kan?

Untuk memberhentikan kereta secara efisien, ia menggunakan brek cakera dan pam lengkap Honda Integra DC2 Type-R versi zenki (generasi pra-facelift, sebab itu lubang knuckle 4 berbanding 5).

Honda-civic-turbo-mekanika (18)

Transformasi rupa luaran dan dalaman Civic ini kepada versi EG6 JDM dimulakan dengan padanan cermin suria asli EG6. Lips depan gaya Mugen dan cermin sisi Ganador kemudian dipasang. Lampu isyarat sisi berwarna amber yang digunakan oleh Civic ini pula gaya USDM. Akhir sekali, spoiler belakang asli EG6 dengan lampu brek ketiga jenis LED digunakan.

Honda-civic-turbo-mekanika (21)

Di bahagian dalam, keseluruhan tempat duduk, karpet, panel pintu dan papan pemuka diganti dengan peralatan asli EG6 versi 1994. Aksesori lain yang dipasang ialah stereng Momo Race, tombol gear EK9 Type-R dan deretan meter Defi yang terletak di atas papan pemuka. Akhir sekali, meter Integra DC2 Type-R diubah suai untuk dipadankan dengan papan pemukanya.

Honda-civic-turbo-mekanika (19)

Sedar tak sedar, Civic versi EG sudah berusia 22 tahun apabila ia dijual buat pertama kali pada tahun 1992. Walaupun sudah berusia, kereta ni masih diminati ramai. Kalau anda ada EG6 asli, harganya semakin meningkat.
[hr]GALERI

Honda-civic-turbo-mekanika (4)Honda-civic-turbo-mekanika (5)Honda-civic-turbo-mekanika (7)Honda-civic-turbo-mekanika (13)Honda-civic-turbo-mekanika (20)Honda-civic-turbo-mekanika (22)Honda-civic-turbo-mekanika (23)Honda-civic-turbo-mekanika (25)Honda-civic-turbo-mekanika (27)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button