Buletin

NISSAN RINGKASKAN PENAWARAN PRODUK DI US, TAMATKAN PRODUKSI ROGUE SPORT

Nissan bakal menghentikan produksi model SUV Rogue Sport di Amerika Syarikat (atau nama lain Nissan Qashqai) untuk meringkaskan lagi penawaran barisan SUV di sana.

Dalam satu memo yang dihantar kepada rangkaian pengedar, Nissan mengesahkan produksi Rogue Sport akan ditamatkan pada bulan Disember ini.

Menurut naib presiden Nissan Scott Shirley, langkah ini akan membolehkan Nissan menumpukan produksi untuk kenderaan yang lebih tinggi permintaannya, seperti Rogue, Kicks dan juga Pathfinder.

Biarpun produksi Rogue Sport akan berakhir pada Disember ini, jualan untuk model tersebut akan diteruskan sehingga awal tahun 2023, dan Nissan akan terus menawarkan sokongan alat ganti sepanjang tahun depan, menurut laporan Auto News.

Diperkenalkan pada tahun 2017, Nissan Rogue Sport dilancarkan sebagai sebuah model yang diposisikan antara model Kicks dan Rogue.

Namun, dengan populariti dan harga jualan Kicks yang jauh lebih rendah, ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada penjualan model Rogue Sport – Auto News

Google ads
Back to top button