Buletin

HONDA, LG BINA KILANG BATERI EV DI US SEAWAL 2023

Honda berkolaborasi dengan LG untuk membangunkan sebuah kilang penghasilan bateri baharu bernilai $4.4 bilion di Amerika Syarikat dengan kapasiti tahunan sebanyak 40 GWh.

Bateri lithium-ion jenis kantung yang dihasilkan di kilang tersebut akan digunakan secara eksklusif oleh model kenderaan elektrik Honda dan Acura untuk pasaran Amerika Syarikat.

Buat masa ini, lokasi sebenar pembinaan kilang tersebut masih lagi belum dimuktamadkan, namun kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula seawal tahun 2023.

Sekiranya segala perancangan berjalan lancar, produksi sel bateri lithium-ion itu akan bermula pada lewat tahun 2025 dan besar kemungkinan produk itu akan digunakan untuk kenderaan saiz penuh yang dibangun menggunakan senibina Honda e:Architecture yang akan dipasarkan bermula tahun 2026.

Ini adalah selari dengan perancangan Honda untuk memproduksikan EV di Amerika Syarikat sebanyak 750,000-800,000 unit setahun menjelang tahun 2030.

Google ads
Back to top button