
NISSAN SPORT SEDAN CONCEPT
Nissan dilihat terus mengujakan pengguna di seluruh dunia dengan pengenalan model konsep termajunya. Terkini, Nissan dijangka memperkenalkan Sport Sedan Concept pada acara Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara 2014.
Sport Sedan Concept itu akan menyertai model konsep Nissan IDx Freeflow dan IDx NISMO yang sebelum ini menjadi model tarikan utama pada Tokyo Motor Show 2013.
Jentera itu jelas menunjukkan hala tuju rekaan Nissan yang penuh tenaga serta pendekatan Nissan dalam mengaplikasikan prinsip-pronsip kereta sports kepada sebuah sedan.
Elemen itu jelas dapat dilihat pada rekaan model IDx Freeflow dan IDx NISMO yang inovatif sebagai kenderaan kompak generasi akan datang.
IDx Freeflow memaparkan imej kasual, gaya hidup dan visi yang fokus. Sementara rekaan IDx NISMO pula seakan-akan ia datang terus dari permainan video perlumbaan.
Adakah ini jawapan daripada Nissan untuk mencabar autonomi Toyota 86 dan Subaru BRZ?