Buletin

NISSAN X-TRAIL FACELIFT DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – VARIAN HIBRID & 3 PILIHAN ENJIN, BERMULA RM139,900

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan Nissan X-Trail Facelift baharu kini dibuka untuk tempahan dan dijangka dilancarkan pada April 2019.

X-Trail Facelift baharu juga ditawarkan dengan satu varian hibrid dan tiga pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE).

Enjin 2.0L (MR20DD) Hybrid dengan Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) dipadankan dengan XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission).

Ia mampu menjana kuasa mencecah 144PS dan tork 200Nm bersama kuasa daripada motor elektrik mencecah 41PS dan tork 160Nm untuk memberikan pemanduan yang mengujakan.

Pada masa yang sama mengekalkan penjimatan bahan api terbaik di dalam kelasnya iaitu 16.1km/L (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).

Selain varian 2.0L Hybrid baharu, X-Trail facelift juga didatangkan dalam varian 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Semua varian X-Trail Facelift baharu memperoleh status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

X-Trail Facelift baharu dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini, Nissan Intelligent Mobility untuk pemanduan pintar dan dipasang pada tiga varian iaitu 2.0 Hybrid, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID. Ini merangkumi:

  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW) *
  • Intelligent Forward Emergency Braking (FEB) *
  • Intelligent Cruise Control (ICC) *
  • High Beam Assist (HBA)*
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Motion Activated Power Tailgate(yang diaktifkan dengan pergerakan mudah di bawah pintu belakang untuk membuka dan menutupnya)

* Untuk 2.5L 4WD & 2.0L Hybrid sahaja

Sebagai tambahan, reka bentuk baharu gril signatur ‘V-Motion’, lampu nyalaan siang LED dan lampu hadapan berbentuk boomerang baru, lampu belakang LED boomerang dalam perumah berwarna gelap, sistem infohibur Navi bersaiz 7-inci dengan Apple Carplay™ dan Android Auto.

Tidak ketinggalan, rekaan stereng rata pada bahagian bawahnya dengan butang kawalan, tempat duduk kulit dwi kuasa, papan pemuka serta pelindungan lutut dengan kemasan kulit dan paparan bantuan temanduan Termaju bersaiz 5-inci.

6 beg udara SRS kini hadir sebagai ciri standard pada 3 varian X-Trail baharu. Ciri-ciri keselamatan lain termasuk Electronic Parking Brake dengan fungsi Auto Hold, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA), dan Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).

5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu).

Bersempena pra-pelancaran, X-Trail Facelift didatangkan dengan servis penyelenggaraan berkala selama 2 tahun atau 40,000km (mana-mana tiba dahulu).

500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488. Penghantaran rasmi kenderaan dijadual bermula April 2019.

Google ads
Back to top button