Motosikal

HONDA ASIA-DREAM RACING JALIN KERJASAMA DENGAN SHOWA

Honda Group of Companies di Asia & Oceania mengumumkan bahawa pengeluar sistem suspeni automotif dan motosikal SHOWA CORPORATION sudah menjadi penaja pasukan Honda Asia-Dream Racing.

Dengan kerjasama itu, nama pasukan dikenali secara rasmi sebagai Honda Asia-Dream Racing with SHOWA.

SHOWA memang terkenal dengan penghasilan produk suspensi berkualiti tinggi yang disediakan untuk pengeluar motosikal dan automotil utama dunia.

Pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA yang dianggotai oleh kakitangan tertinggi anak syarikat Honda dan pasukan perlumbaan lain di rantau Asia & Oceania itu dipimpin oleh bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada selaku pengurus pasukan.

Sementara Zaqhwan Zaidi dari Malaysia menjadi pelumba jentera CBR1000RR SP2. Pasukan itu akan bersaizng dalam kelas Asia Superbike 1000cc dalam Kejohanan FIM Asia Road Racing 2019.

Di samping dua lagi perlumbaan iaitu kelas Japan Superbike 1000cc dan Suzuka 8-hour Endurance Race 2019.

Menerusi kerjasama ini, pasukan berazam untuk memberikan keputusan lebih baik dalam perlumbaan bertaraf dunia.

Google ads
Back to top button