Buletin

OPEL ASTRA ELECTRIC 2023 DEBUT – 156 HP, 270 Nm, JARAK GERAK 416 KM

Buat kali pertama, Opel Astra bakal ditawarkan di benua Eropah tanpa kehadiran enjin pembakaran dalaman.

Dibangun menggunakan asas daripada Peugeot e-308, Opel Astra turut didapati dalam versi hatchback dan station wagon.

Ia menampilkan motor elektrik tunggal dengan sistem pacuan roda depan yang mampu menghasilkan 156 hp dan daya kilas 270 Nm.

Kedua-dua berkongsi pek bateri 54 kWh dengan jarak gerak sejauh 416 km menggunakan data WLTP.

Pengecasan pantas DC 100 kW membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam tempoh setengah jam sahaja.

Tatkala kebanyakan EV dihadkan kelajuan maksimum pada julat 160 km/j, Opel mendakwa kedua-dua model EV ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j.

Disebabkan penambahan pek bateri, ia sedikit sebanyak mengorbankan ruang kargo.

Seperti contoh, wagon Opel Astra ini berupaya memuatkan 516 liter atau sehingga 1,553 liter apabila tempat duduk dilipat di mana ia jauh lebih kecil berbanding Opel Astra versi ICE (608 liter/1,634 liter).

Google ads
Back to top button