Artikel Pilihan

SELAMAT JALAN VOLVO V90 – SETIAP YANG BERMULA PASTI AKAN BERAKHIR

Seperti mana khabar angin sebelum ini, Volvo V90 akhirnya secara rasmi akan ditamatkan pengeluarannya. Wagon mewah cantik menawan dari Volvo akan ditamatkan pengeluarannya penghujung bulan ini dah sedihnya ia tidak akan mempunyai pengganti. Volvo nampaknya tidak lagi berminat untuk menghasilkan wagon kerana pembeli lebih berminat dengan SUV.

CEO Volvo, Jim Rowan turut memberitahu Autocar yang V90 ditamatkan pengeluarannya pada penghujung September lepas dan V60 juga akan menerima nasib yang sama. V60 yang lebih kecil mempunyai lebih banyak permintaan memberiaknnya jangka hayat yang lebih panjang.

Ketika ditanya sama ada Volvo serius untuk menamatkan pengeluaran wagon mereka, Rowan menjawab ia sesuatu yang pasti kerana pembeli kini lebih cenderung kepada memiliki SUV berbanding wagon.

Walaupun V90 sudah tiada, kembar sedannya masih diberi facelift terbaru dan masih ditawarkan di pasaran China dan beberapa negara Asia lain. Volvo bagaimana pun akan menggantikan model sedan mewah ICE mereka dengan model EV ES90 sepenuhnya selepas ini.

Berita penamatan produksi wagon dari Sweden ini mungkin menyedihkan peminat wagon tapi ia akan menggembirakan pesaing-pesaing mereka dari Jerman. Ini bermakna BMW 5 Series Touring, Audi A6 Avant dan Mercedes E-Class Estate hanya akan bersaing sesama mereka dalam kategori wagon premium.

Dunia memang semakin berubah. Siapa sangka Volvo yang sinonim dengan wagon juga terpaksa akur dengan kehendak pasaran yang semakin menggemari SUV. Tapi tak payah sedih sangat sebab Volvo sendiri ialah perintis kepada pasaran SUV premium dengan model XC90 mereka.

Google ads
Back to top button