Buletin

VOLVO HANYA JUAL SUV SAHAJA DI UK, TIADA LAGI MODEL SEDAN, WAGON

Satu berita sedih buat para peminat sedan dan wagon Volvo.

Di UK, Volvo kini menggugurkan penawaran bagi model-model S60, V60 dan V90 dengan memberikan alasan permintaan terhadap model tersebut semakin berkurangan disebabkan oleh populariti SUV yang kian meningkat.

Menurut laporan Autocar, kesemua model yang disebutkan itu tidak lagi boleh ditempah menerusi configurator dalam talian.

Pengguguran tersebut dibuat tidak lama selepas Volvo UK menghentikan penjualan bagi model sedan S90 awal musim panas yang lalu.

Ini bermakna, di UK para pembeli hanya boleh mendapatkan barisan SUV semata-mata termasuklah EX30, XC40, C40, XC60, XC90 dan juga EX90. – Autocar

Google ads
Back to top button