Artikel Pilihan

OPEL INSIGNIA GRAND SPORT – MODEL KEMEGAHAN UNTUK CEO

Walaupun jenama Opel ini agak sedikit tenggelam di pandangan masyarakat marhain, namun itu bukanlah alasan untuk mereka tidak memperkenalkan pelbagai model mengikut slip gaji. Kali ini pengeluar yang berasal dari Jerman ini memperkenalkan sebuah model kemegahan, Opel Insignia Grand Sport versi baharu untuk tahun 2020.

Model Insignia ini sebetulnya telah pun diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai generasi kedua dalam keturunan model kebanggaan Opel ini. Dan demi memenuhi citarasa pengguna yang yang berbeza, Opel mempertaruhkan Insignia Grand Sport pula sebagai model teratas dalam keluarga Insignia ini. Model baharu ini dijangka membuat kemunculan perdana di Brussels Motor Show 2020 nanti.

Bahagian luaran Opel Insignia Grand Sport ini jelas menampilkan rekaan yang tajam dan bergaris serta menekankan ciri yang lebih elegan. Gril Insignia ini menampilkan rekaan bermata krom yang baru lebih luas dan mempunyai bilah yang menonjol serta logo Opel di tengah-tengah bar krom kelihatan lebih menyerlah.

Bahagian belakangnya juga menampilkan garis yang langsing dan mendatar bagi bagi menampilkan reka bentuk yang lebih sporty. Mengakhiri bahagian belakang adalah kemasan krom yang terdapat pada corong ekzos berkembar.

Diantara ciri baharu yang ditampilkan pada model ini adalah penggunaan lampu utama yang sangat nipis dengan penggunaan teknologi LED. Menggunakan IntelliLux LED® Pixel Ligh dengan 84 elemen LED pada setiap lampu utama, sudah tentu akan memberikan pencahayaan yang lebih baik tanpa membuatkan orang di hadapan berasa silai ya amat.

Dari segi ciri keselamatan, Insignia ini turut dilengkapi dengan Side Blind Spot Alert, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist dan juga Forward Collision Alert. Menemani pemandu adalah sebuah unit sistem infohiburan bersaiz 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai enjin yang dibekalkan untuk sebuah model eksekutif ini. Mungkin enjin baharu bakal diguna. Model sebelum ini menggunakan pilihan enjin diantara 1.5 Ecotec T sehinggalah kepada 3.6 L LGX V6. Manakala pilihan enjin diesel 1.6 CDTi Ecotec T turut ditawarkan. Kesemua enjin (petrol) ini boleh dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan manual serta kotak auto sembilan kelajuan untuk enjin diesel.

BACA : OPEL ASTRA SPORTS TOURER – LAWA JUGA SEBENARNYA KAN?

BACA : OPEL CORSA-e RALLY – KERETA RALI MASA DEPAN

Google ads

B K

Back to top button