Artikel Pilihan

OPEL ASTRA SPORTS TOURER – LAWA JUGA SEBENARNYA KAN?

Jenama Opel ini barangkali kurang popular. Dulu – dulu mungkinlah Opel ini boleh tahan popular juga ditempat kita. Malah, dalam web Mekanika ini pun tidak banyak berita berkaitan jenama dari Jerman ini. Tapi tahukah, Opel ini berada di bawah naungan kumpulan PSA (Peugeot, Citroen & DS)? Dan tahukah juga bawah Opel turut memiliki Vauxhall, firma pembuatan kereta dari Britain?

Kalau diikutkan, dalam katalog Opel, mereka turut mempunyai rangkaian model yang meliputi pelbagai keperluan pengguna. Dan khusus untuk golongan berkeluarga, mereka mempunyai sebuah model Estate / Wagon, Opel Astra Sports Tourer. Sekali tengok memang mudah untuk jatuh hati. Saiznya pun tidaklah terlalu besar. Kira ngamlah untuk sebuah keluarga dengan anak dua kembar dua orang. Belakang boleh sumbat stroller dua biji tanpa ada masalah.

Rekaan bahagian hadapannya sudah tentu disalin daripada Opel Astra, sebuah model hatchback yang mengancam juga sebenarnya. Yang pasti, rekaannya mempunyai ciri aerodinamik yang baik, senang nak potong angin kata orang. Malah, kereta ini turut diuji di dalam terowong angin bagi memberikan data penting kepada pengurangan bahan bakar dan juga pelepasan emisi CO2.

Menurut Pengarah Urusan Kejuruteraan Christian Müller , mereka sememangnya memberikan penekanan terhadap penjimatan bahan bakar serta pelepasan emisi CO2 sewaktu pembinaan Astra yang baharu ini. Dan hasilnya, model ini berjaya mengurangkan sehingga 19% gas emisi CO2.

Bagi mencapai hasrat sebuah model Wagon Kompak yang menjimatkan, sudah tentu pilihan enjinnya juga harus berpadanan. Apa gila nak sumbat enjin V6 kan? Jadinya, Opel menawarkan pilihan enjin turbo 1.2 liter dan juga 1.4 liter. Kotak gear manual enam kelajuan dipadankan dengan enjin 1.2 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 110 HP manakala kotak gear CVT 7 kelajuan mampu menghasilkan kuasa sehingga 147 HP.

Pilihan enjin diesel yang bersesasaran 1.5 turut ditawarkan kepada bakal pembeli. Menariknya, enjin ini dipadankan pula dengan kotak auto sembilan kelajuan. Entah boleh habis guna ke tidak nanti sampai sembilan gear.

Keselesaan pemandu dan juga penumpang turut diberi penekanan terhadap Opel Astra Sports Tourer ini. Tempat duduk dihadapan turut mempunyai fungsi mengurut. Legalah sikit sewaktu menempuh perjalanan jarak jauh. Sistem infotaimen yang tersedia dengan sistem navigasi mampu mencari jalan pintas dengan segera jika menempuh kesesakan lalu lintas.

Memahami keperluan sebuah kereta keluarga dengan tangan kiri kanan penuh mengusung beg sewaktu hendak menyimpan barangan, pemandu hanya perlu menghulurkan kaki pada sensor di bahagian bawah bampar sahaja untuk membuka bonet belakang. Senang. Terus sahaja simpan barangan.

Jadinya, berapakah harga untuk memiliki sebuah Wagon yang sedap dan sporty ini? Ianya bermula pada harga £28,950 (RM150,074). Nampak macam tak berapa mahal. Tahukah bahawasanya di UK sana kembar model ini. Vauxhall Astra Sports Tourer dengan harga yang sedikit murah. Tahukah juga bahawa di tempat kita sudah lama tidak ada model Wagon dengan harga mampu milik?

BACA : BELI OPEL STATION WAGON PERCUMA SELUAR DALAM

BACA : SKODA SUPERB SCOUT BAHARU – WAGON KE CROSSOVER NI?

Google ads

B K

Back to top button