Artikel Pilihan

OPEL CORSA-e RALLY – KERETA RALI MASA DEPAN

Opel Corsa ini sebenarnya adalah antara model ‘cari makan’ buat pengeluar dari Jerman ini. Jenama Corsa ini telah lama dalam pasaran. Dan walaupun Opel dewasa ini tidak lagi melibatkan diri dalam kancah dunia rali di pentas premier, sebenarnya mereka masih lagi aktif dalam dunia rali walaupun secara indie. Kini Opel bersedia untuk memperkenalkan model kereta rali elektrik sepenuhnya. Menyahut seruan ke arah dunia yang lebih hijau.

Dan Opel mendakwa mereka adalah pembuat kereta pertama di dunia yang menawarkan kereta rali elektrik sepenuhnya kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya. Opel Corsa-e Rally dibina berdasarkan model Opel Corsa-e yang terlebih dahulu ditawarkan kepada pelanggan sebelum ini.

Corsa-e Rall ini bakal membuat penampilan pertama di 2019 IAA Frankfurt International Motor Show. Dijangkakan Opel Corsa-e Rally ini bakal beraksi pada tahun 2020 di ADAC Opel e-Rally Cup, sebuah perlumbaan untuk kereta elektrik pertama di dunia. Perlumbaan baharu ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada kerjasama diantara Opel dan juga ADAC yang telah terjalin sebelum ini.

Sebelum ini, ADAC Opel Rallye Cup merupakan perlumbaan yang penting yang menjadi asas kepada penyertaan lebih daripada 100 pelumba muda meliputi 18 buah negara.

Kereta Opel Corsa-e Rally ini akan berkongsi motor elektrik yang sama seperti kereta produksi massa. Bolehlah menghasilkan kuasa 100kW (136hp) dan trok 260 Nm. Menggunakan pek bateri lithium-ion 50 kWh mampu mengecas sehingga 80% dalam tempoh 30 minit menggunakan kabel, Wallbox ataupun pengecasan pantas.

Menurut CEO Opel, Michael Lohschelle berkata Opel Corsa-e adalah kereta elektrik untuk semua yang seronok untuk dipandu sehari hari. Apatah lagi ianya dikategorikan sebagai mampu milik.

Opel Corsa-e Rally ini jika dilihat dengan mata kasar barangkali sama seperti model produksi massa. Tapi sebenarnya kelebaran dan ketinggiannya telah ditambah lima milimeter. Malah jarak titik roda juga telah ditarik lagi sehingga dua milimeter. Rim bersaiz 17 inci yang digunapakai turut menambahkan lagi kegarangan model rali elektrik ini.

Jadi berapa harga untuk sebuah model yang siap sedia untuk di bawa berlumba sahaja ini? Sediakan sahaja sekitar €50,000 (RM23,1260). Hanya mahal sekitar €24,000 (RM11,1004) berbanding model jualan kegunaan awam. Setel JPJ boleh terus berlumba.

BACA : HYUNDAI i20 R5 – KERETA LUMBA MESRA BAJET KOREA YANG HANDAL

BACA : IRIZ DIBELI IRISH – KISAH PROTON IRIZ R5

Google ads
Back to top button