BuletinMotosikal

PEDROSA TERPANTAS DI UJIAN BEBAS FP2, HAFIZ SHAHRIN KONSISTEN WALAUPUN JATUH DI TEMPAT-15

Dalam ujian Latihan Bebas FP2, banyak pertukaran posisi berlaku berbanding latihan bebas sesi pertama (FP1)

Pedrosa unggul pada sesi latihan bebas pertama dengan catatan 1:40.303 mendahului pelumba lain. 

Bagaimanapun, situasi di FP2 sedikit berbeza di mana seawal 10 minit terakhir, Marc Marquez memimpin perlumbaan dengan catatan 1:40.2.

Pada ujian lima minit terakhir, Marquez merupakan pelumba pertama yang berupaya mencatatkan kepantasan di bawah 1:40, lebih tepat, 1:39.395.

Catatan beliau ikuti rapat oleh Cal Crutchlow dan T. Rabat.

Pelumba negara Hafizh Syahrin mencatat masa 1:41.257 dalam ujian ini sekaligus menempatkannya di posisi ke 15 keseluruhan berbanding posisi ke 11 pada ujian latihan bebas pertama.

Begitupun, Hafizh sebenarnya konsisten dengan hanya perbezaan 0.163 saat berbanding ujian bebas sesi pertama. Catatan masa yang diperolehi beliau ialah 1:41.094.

Pusingan kelayakan yang akan berlangsung esok bakal menentukan petak perlumbaan dan kita berharap Hafizh dalam berada pada posisi terbaik.

 

Google ads
Back to top button