BuletinMotosikal

SESI LATIHAN FP3 MOTOGP ARGENTINA. TUAH HUJAN, HAFIZH CATAT MASA KE-8 TERPANTAS!

Baru tamat sebentar tadi sesi latihan bebas FP3. Purata pelumba menghabiskan pusingan dengan catatan 1:50. Cuaca hujan pada sebelah pagi di litar Termas de Río Hondo, Argentina menyebabkan trek basah untuk ujian bebas pusingan ke-3.

Hujan yang turun sepanjang malam disusuli cuaca lembab dan renyai sebelah pagi menjadikan trek lembap. Tanpa ada pilihan, kesemua pelumba menyediakan mesin masing-masing dengan penggunaan tayar basah.

BACA: MOTOGP ARGENTINA, SESI UJIAN BEBAS FP1- HAFIZH KE-11

BACAMOTOGP ARGENTINA, SESI UJIAN BEBAS FP2- HAFIZH KE-15

Pemandu pasukan Honda, Mark Marquez menguasai gelanggang sejak dari awal lagi. Juara MotoGP tahun lalu itu mencatatkan waktu 1:48.896 saat. Marquez mendahului Johann Zarco dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 dengan perbezaan 0.607 saat .

Pemenang MotoGP pusingan Qatar, Andrea Dovizioso berjaya memperbaiki prestasinya dalam pusingan kali ini. Setelah mempamerkan aksi buruk dalam sesi latihan bebas kedua, pelumba Ducati itu berjaya menduduki kedudukan ke sembilan dengan catatan masa 1:50.359 saat.

Dan apa yang lebih mengejutkan, Hafizh Syahrin yang terkenal dengan kepakaran trek basah mendahului Dovizioso di kedudukan ke-8. Beliau dikatakan lebih konsisten pada kondisi kali ini dan catatan masanya jauh lebih baik dari pelumba berpengalaman dalam sesi latihan bebas ketiga ini.

Pelumba kegemaran ramai, Valentino Rossi pula tersasar di tempat ke -11 dengan beza 0.1749 saat berbanding Marquez. 

Rakan pasukannya, Maverick Vinales di kedudukan ke-13

DI bawah adalah keputusan penuh FP3

Esok, akan berlangsung sesi latihan bebas terakhir (FP4) diikuti pusingan kelayakan Q1 dan Q2.

POS PELUMBA PASUKAN MOTOSIKAL BEZA LAP
1 Marc Marquez Honda Honda 1m48.896s 14
2 Johann Zarco Tech3 Yamaha Yamaha 0.607s 21
3 Alvaro Bautista Aspar Ducati Ducati 0.932s 20
4 Karel Abraham Aspar Ducati Ducati 0.996s 15
5 Danilo Petrucci Pramac Ducati Ducati 1.052s 15
6 Cal Crutchlow LCR Honda Honda 1.253s 13
7 Pol Espargaro KTM KTM 1.349s 15
8 Hafizh Syahrin Tech3 Yamaha Yamaha 1.365s 18
9 Andrea Dovizioso Ducati Ducati 1.500s 17
10 Dani Pedrosa Honda Honda 1.567s 16
11 Valentino Rossi Yamaha Yamaha 1.749s 19
12 Andrea Iannone Suzuki Suzuki 1.783s 17
13 Maverick Vinales Yamaha Yamaha 1.789s 17
14 Aleix Espargaro Aprilia Aprilia 1.851s 14
15 Scott Redding Aprilia Aprilia 2.076s 12
16 Jorge Lorenzo Ducati Ducati 2.105s 18
17 Tito Rabat Avintia Ducati Ducati 2.155s 20
18 Franco Morbidelli MVDS Honda Honda 2.274s 19
19 Alex Rins Suzuki Suzuki 2.301s 17
20 Bradley Smith KTM KTM 2.400s 13
21 Takaaki Nakagami LCR Honda Honda 2.740s 20
22 Thomas Luthi MVDS Honda Honda 3.456s 17
23 Xavier Simeon Avintia Ducati Ducati 3.566s 18
24 Jack Miller Pramac Ducati Ducati 3.752s 6
Google ads
Back to top button