PEGAWAI POLIS LANGGAR BEBERAPA KENDERAAN SEMASA BERTUGAS – BAHAYA ADA DI MANA MANA
Rutin harian pegawai jabatan sheriff Catawba County bertukar menjadi huru-hara akibat bergegas ke tempat kejadian. Sebaik menerima panggilan kecemasan, dua unit kenderaan jabatan segera memecut ke lokasi. Sebaik tiba di selekoh berhampiran simpang Sherrils Ford Road dan East Bandys Cross Road, seorang pegawai hilang kawalan dan terlanggar beberapa buah kenderaan di sepanjang laluan. Syukurlah tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Kemalangan berlaku pada sekitar jam 4.30 petang 15 September lalu pihak berkuasa mengakui yang pegawai tersebut tidak menggunakan siren dan lampu amaran ketika kejadian. Memang bahaya betul bila memecut laju dengan kelajuan tinggi tanpa siren dan lampu amaran ni.
Rakaman video dari kamera litar tertutup jelas menunjukkan betapa teruk kemalangan tersebut. Kemalangan berpunca bila pegawai tersebut cuba mengelak sebuah trak pikap yang keluar dari simpang. Ia menyebabkan beliau merempuh beberapa buah lagi kenderaan yang berada di kawasan pakir stesen minyak.
Memang tak boleh buat apa dah dengan kelajuan sebegitu. Itu pun nasib baik tak sauk sekali tiang telefon yang ada berhampiran. Seorang lelaki berbaju oren dilihat berjalan untuk memasuki trak pikap Nissan yang dirempuh memang panjang umur. Nasib baik beliau cepat beberapa saat, kalau tak memang tak dapat nak bayang kesudahannya.
Pegawai tersebut kini berdepan dengan apa juga tindakan yang bakal dikenakan oleh NC State Highway Patrol. Walaupun berlaku semasa bertindak pada panggilan kecemasan, keselamatan orang awam dan diri sendiri perlu diambil perhatian.
Semua orang faham keperluan tugasan pihak berkuasa yang kadang kala perlu segera bergegas ke tempat kejadian tapi sekurang-kurang siren dan lampu amaran dapat memberi amaran awal kepada pemandu lain untuk segera memberikan laluan. Kalau jadi macam ni kan ke naya.