
CNC MOTORSPORT KEMBALI MENGHASILKAN FORD SIERRA RS500 GROUP A
Ford Sierra ini barangkali tidak ramai anak muda yang mengenalinya. Tetapi dalam dunia perlumbaan trek dan rali, Ford Sierra RS Cosworth ini barangkali ramai juga peminatnya suatu ketika dahulu yang cukup dikenali dengan penampilan luarannya yang cukup garang.
Akan tetapi bagaimana pula sekiranya model lejen yang telah lama hilang dihidupkan semula? CNC Motorsport telah berjaya menghasilkan semula model kereta lumba Ford Sierra RS500 Group A.
Dihasilkan dengan kerjasama juara saloon/kereta jelajah empat kali daripada Andy Rouse Engineering, ia adalah satu daripada tiga buah model RS500 yang sedang dibina oleh pakar untuk kegunaan jalan raya dan juga perlumbaan untuk digunakan di trek.

Alan Strachan, pekerja Andy Rouse Engineering untuk tempoh 1989 – 1996 dan mekanik di Pasukan Labatts Sierra RS500 untuk perlumbaan British Touring Car Championship, bersama anaknya Andrew,telah pun menyiapkan kereta pertama sejak 24 bulan lalu bersama projek lain termasuklah model pembinaan Group A BMW 635CSI, restorasi model Merkur XR4TI dan juga Ford Sierra RS500 sendiri.
Model kereta kedua sedang dalam proses pembinaan dengan menggunakan kerangka spesifikasi baharu untuk Motorsport telah pun diperolehi ketika permulaan projek dengan kerangka badan model ketiga juga telah pun diperolehi.
CNC Motorsport menyelesaikan semua kerja fabrikasi ke atas kerangka badan di samping menghasilkan semua bahagian yang dimesin, seperti, lengan belakang, hab, angkup brek, pusat roda dan juga roll cage, mengikut spesifikasi yang tepat bagi kereta yang dihasilkan oleh Andy Rouse Engineering sebelum ini.

Input yang daripada daripada Andy dan pasukan, serta akses kepada Labatts Sierra membolehkan Jurutera CNC Motorsport ketika ini dapat menyiapkan hasil yang serupa seperti spesifikasi asal. Ianya Itu termasuklah menggunakan kotak gear lima kelajuan Getrag, paparan tolok meter gaya asal, dan juga penutup tangki bahan api.
Model pertama ini akan menggunakan enjin 2.0 liter Cosworth YB yang mampu menghasilkan output 575 HP yang dibina oleh Harvey Gibbs.
Dengan segala dokumentasi yang lengkap, model Ford Sierra RS500 masih berupaya kembali beraksi dalam perlumbaan sejarah yang diiktiraf.
BACA : FORD SIERRA COSWORTH RS500 INI DISIMPAN DALAM STORAN KHAS – CUBA TEKA BERAPA HARGA NAK JUAL?
BACA : FORD SIERRA COSWORTH UNTUK DILELONG – KERETA JUARA BTCC NI DER!