Buletin

PELAN PERCUBAAN 1 BULAN RENAULT SUBSCRIPTION. LEBIH MAMPU MILIK

TC Euro Cars (TCEC), baru-baru ini mengumumkan Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription dan Kempen Sanitasi Renault.  

Pada harga RM996, Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription kini lebih mudah diakses.  Untuk tempoh terhad, pelanggan yang menempah Pelan Percubaan 1 Bulan boleh berjimat sehingga 35 peratus lagi menerusi promosi ‘Renault Easy Raya’.

Pelan Percubaan 1 Bulan merupakan lanjutan daripada tawaran Renault Subscription sedia ada bagi memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan yang bimbang tentang kos. Di samping mahukan fleksibiliti dan kemudahan jangka pendek, terutama selepas tempoh PKP.

Pelan ini menawarkan Captur terpakai yang berusia tidak lebih dua tahun dan sudah melepasi pemeriksaan ketat bagi memenuhi standard kualiti serta keselamatan Renault.

Pelanggan Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM996, yuran tempahan atau deposit sekuriti bagaimanapun tidak diperlukan. Yuran itu merangkumi cukai jalan, servis biasa, perbatuan tanpa had dan tidak memerlukan deposit sekuriti.

Lebih penting lagi, pelanggan Pelan Percubaan 1 Bulan boleh memilih untuk menggunakan langganan mereka dalam tempoh blok satu minggu berdasarkan kepada keperluan.

Ini menjadikannya lebih mudah dan mampu milik berbanding mengambil Pelan Percubaan 7 Hari Renault Subscription untuk beberapa kali. Mereka yang berminat dengan pelan percubaan satu bulan ini boleh melengkapkan proses langganan melalui Renault E-Store di www.renault.com.my.

Sempena sambutan Hari Raya, Pelan Percubaan 1 Bulan Renault Subscription hadir dengan diskaun sebanyak 35 peratus pada harga RM647 melalui promosi ‘Renault Easy Raya’. Untuk mendapatkan promosi ini, pelanggan hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM50 sahaja.

Penebusan mesti dibuat sebelum 31 Julai 2020. Yuran tempahan mereka yang tidak mahu meneruskan langganan akan dibayar sepenuhnya dalam masa tiga hari hingga satu minggu.

Selain Renault E-Store, promosi Pelan Percubaan 1 Bulan juga boleh didapati di stor Renault di Shopee Malaysia: shopee.com.my/renaultmalaysia.os. Unit adalah terhad dan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Kempen Sanitasi Renault

Ditawarkan kepada semua pelanggan Renault yang melakukan servis kenderaan mereka di Pusat 4S Renault di Petaling Jaya, kempen itu menawarkan pakej sanitasi percuma dengan dua pilihan tambahan.

Pakej percuma merangkumi sanitasi di permukaan yang sering disentuh, pengabusan kabin dan penyejatan pendingin hawa. Selain nyahkuman untuk membunuh bakteria yang ada di dalam udara dan permukaan.

Dengan tambahan RM168, kenderaan pelanggan akan dinyahkuman menerusi pengabusan yang masuk ke dalam penyejat pendingin hawa dan mampu menghapuskan virus COVID-19 sehingga 99 peratus.

Pilihan penambahan kedua di bawah Kempen Sanitasi Renault menawarkan perkhidmat menghapuskan bau busuk pada harga RM228.

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2020, pelanggan boleh menikmati diskaun pengenalan sebanyak 20 peratus ke atas mana-mana pakej ini. Ia perlu ditebus dalam masa tiga bulan selepas tarikh pembelian.

Pakej Kempen Sanitasi Renault kini sudah boleh ditempah menerusi Renault E-Store, stor Renault di Shopee dan pelanggan yang mengunjungi pusat servis.

Google ads
Back to top button