Buletin

NISSAN KICKS GUNA ENJIN 1.3 TURBO. 153HP, MAMPU GUGAT DOMINASI HONDA HR-V

Buat masa sekarang, Nissan Kicks, crossover yang menggantikan model Juke untuk pasaran SUV kompak dan mampu milik menggunakan enjin 1.6 liter yang lemau.

Jadi, ia dilihat sukar untuk bersaing dengan model-model seperti Mazda CX-3 dan Hyundai Kona.

Namun, keadaan itu mungkin berubah apabila Kicks didakwa akan menggunakan enjin lebih berkuasa.

Di pasaran India misalnya, Kicks dipasang dengan enjin 1.3 liter turbo yang mampa menjana kuasa 153hp, peningkatan ketara berbanding 122hp pada enjin NA dan 127hp daripada enjin hibrid.

Enjin turbo 1.3 itu datang daripada Renault dan dipasang pada model entry level Mercedes-Benz A-Class di beberapa buah negara. Untuk pasaran India, enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual 6-kelajuan atau Xtronic CVT.

Sejak diperkenalkan, Nissan Kicks mendapat sambutan menggalakkan. Apatah lagi ketika ini Nissan sangat memerlukan model yang mampu menarik minat pengguna untuk kembali membeli jenamanya.

Jika hadir dengan spesifikasi yang mantap, tidak mustahil Kicks boleh menggugat dominasi model daripada Honda, Toyota atau Mazda.

Google ads
Back to top button