Buletin

PEMANDU E-HAILING WAJIB MOHON PSV BERMULA JANUARI 2019

Semua pemandu perkhidmatan ‘e-hailing’ mesti membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) seperti pemandu teksi lain mulai Januari 2019.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.

“Peraturan ‘e-hailing’ ini telahpun digazetkan. Pendaftaran untuk pemandu ini akan bermula Januari hingga Julai 2019.

“Tarikh 12 Julai 2019, kita mula kuatkuasakan peraturan baharu itu kerana itu ialah tempoh yang kita beri, maksudnya menjelang 12 Julai semua pemandu e-hailing mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, insurans dan kenderaan yang melebihi tiga tahun perlu buat pemeriksaan kenderaan,”

Semua pemandu ‘e-hailing’ disarankan agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar lesen PSV mereka.

Google ads
Back to top button