
PENDAFTARAN VOLVO PADEL OPEN 2025 KINI DIBUKA
Volvo Padel Open 2025 kini membuka tirai pendaftaran untuk kejohanan padel terbesar di Malaysia, yang bakal berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025.
Dengan kerjasama tiga kelab padel terkenal di Lembah Klang, Joy Division Padel, Padelground, dan PadelKu – acara tahun ini menjanjikan penyertaan sehingga 320 pemain dengan ganjaran melebihi RM180,000 dalam bentuk wang tunai, barangan eksklusif, jam gelanggang serta pengalaman tujuh hari bersama kereta elektrik Volvo.
Jadual Penting:
- Pendaftaran: 3 Jun – 3 Julai 2025
- Penilaian Pemain: 21 Jun – 6 Julai 2025
- Klinik Latihan: 12 – 13 Julai 2025
- Pusingan Kelayakan (Beginner): 19 Julai 2025
- Pusingan Kelayakan (Intermediate & Advanced): 26 Julai 2025
- Pusingan Akhir (semua kategori): 27 Julai 2025
Yuran penyertaan adalah RM160 seorang atau RM320 sepasukan. Pemilik kenderaan Volvo akan menikmati diskaun 50 peratus untuk yuran individu.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu Beginner, Intermediate dan Advanced, mencerminkan pertumbuhan minat serta kemahiran dalam sukan padel sejak kejohanan terdahulu.
Untuk pemain kategori Beginner, sistem “americano” akan digunakan dalam pusingan kelayakan, di mana peserta beraksi secara individu tetapi digandingkan secara bergilir untuk mengumpul mata dalam kumpulan.
Hanya 16 pemain lelaki dan wanita terbaik akan mara ke separuh akhir dan digandingkan mengikut jantina untuk saingan akhir.
Bagi kategori Intermediate dan Advanced, pemain mendaftar terus sebagai pasukan, sama ada lelaki atau campuran dan beraksi dalam format round-robin (sehingga lima permainan), diikuti perlawanan kalah mati (sehingga tujuh permainan) sebelum ke perlawanan akhir penuh.

Untuk menjamin keadilan, peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate perlu menjalani penilaian kemahiran wajib bersama jurulatih profesional.
Volvo Car Malaysia juga menyediakan sesi klinik latihan percuma bagi peserta Beginner dan Intermediate – satu jam dalam kumpulan empat orang untuk meningkatkan kemahiran serta memberi keyakinan menjelang kejohanan.
Akhir semua kategori akan berlangsung di gelanggang baharu Joy Division Padel di Jalan Penchala, Petaling Jaya (JOY2), yang menampilkan dua gelanggang bertaraf kejohanan.
Perlawanan akhir dibuka kepada orang ramai dengan layanan istimewa eksklusif untuk peserta.
Volvo Padel Open 2025 turut disokong oleh penaja rasmi seperti Tactical Padel (bola rasmi dan hadiah), Glacéau vitaminwater daripada Coca-Cola Malaysia sebagai minuman tenaga rasmi, serta Directors’ ThinkTank sebagai rakan kreatif produksi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan padel paling gah di negara ini. Daftar sebelum 3 Julai 2025 atau selagi tempat masih ada di https://padel.volvocarmalaysia.com
Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.volvocars.com/my


