Artikel Pilihan

PRAGA BOHEMA – SUPERCAR UNDERDOG DENGAN NADI GT-R

Nama Praga Bohema mungkin agak asing bagi peminat automotif. Namun minggu lepas namanya mula tular selepas berjaya mencatatkan rekod sepusingan terpantas hampir menyamai Aston Martin Valkyrie di litar Top Gear. Siapa sangka supercar underdog mampu mengatasi nama besar seperti Koenigsegg Jesko.

Supercar tidak ternama ini mencipta rekod kelajuan untuk kereta berkuasa ICE dengan mengatasi Jesko yang jauh lebih berkuasa. Ia kini berada di kedudukan kedua di belakang Aston Martin Valkyrie di litar tersebut. Boleh tahan untuk sebuah syarikat yang kami sendiri pun tak pernah dengar namanya.

Bohema menampilkan rekaan daripada serat karbon yang cukup ringan sama seperti Valkyrie dengan rekaan khusus untuk memanipulasi downforce sehbat mungkin. Ia dikuasakan enjin V6 3.8 liter yang diambil daripada Nissan GT-R sebelum dilaras kembali oleh Litchfield sehingga mampu menghasilkan 700 hp kuasa. Kesemua kuasa tersebut kemudiannya disalurkan terus ke tayar belakang.

Bagi memastikan kelajuan kereta ini, Praga telah memilih Ben Collins yang pernah membawakan karektor The Stig untuk menguji kereta ini di Dunsfold Aerodrome di Bohema. Collins pernah memandu Praga Bohema sebelum ini dan mampu membiasakan diri dengan pantas.

Pada pusingan pertama, Collins mencatatkan masa 1:12.3, lebih laju dari Ferrari Pista tapi lebih perlahan berbanding Ferrari SF90. Cubaan demi cubaan dilakukan sehinggalah beliau berjaya membuat catatan 1:09.8. Hanya 0.2 saat di belakang Aston Martin Valkyrie! Boleh tahan untuk sebuah supercar underdog.

Sudah tentu ia bukan perbandingan yang adil kerana sewaktu dalam siri TV Top Gear, The Stig cuma mempunyai peluang untuk membuat satu pusingan. Untuk kali ini, Collin berjaya membuat beberapa percubaan dan mempunyai lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan kereta.

Apa pun ia masih satu rekod yang membanggakan untuk jenama kecil seperti Praga. Bukan senang nak capai tahap ni weh.

Google ads
Back to top button