
VOLVO PADEL OPEN 2025 TUTUP TIRAI DENGAN GAH, BERJAYA TARIK LEBIH 400 PEMAIN
Selepas enam minggu penuh aksi dan emosi, Volvo Padel Open 2025 menutup tirainya pada Ahad lalu dengan sambutan luar biasa, sekali gus meneguhkan reputasinya sebagai acara padel paling berprestij di Malaysia.
Edisi kedua kejohanan ini berjaya menarik lebih 400 pemain, termasuk 160 muka baharu, bersaing dalam tiga kategori utama – Beginner, Intermediate dan Advanced.
Kejohanan kali ini turut mendapat kerjasama strategik daripada tiga kelab padel utama di Lembah Klang: Joy Division Padel, Padelground dan PadelKu, disokong oleh rakan jenama terkenal seperti Coca-Cola Malaysia, Tactical Padel, Directors’ ThinkTank serta REGEN Physio & Sports Rehab.

Lebih RM180,000 nilai hadiah ditawarkan kepada peserta, termasuk jam gelanggang percuma, penggunaan kenderaan elektrik Volvo selama seminggu, dan barangan eksklusif daripada Tactical – memberikan makna tambahan kepada kejayaan para pemenang.
Untuk memastikan permainan adil dan setara, peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate telah melalui sesi penilaian bersama jurulatih profesional, manakala klinik latihan percuma disediakan bagi membantu pemain baharu menyesuaikan diri sebelum pusingan kelayakan bermula pada 19 dan 26 Julai.
Grand Final pada 27 Julai menyaksikan kehangatan sorakan dan detik-detik mendebarkan memenuhi gelanggang padel. Suasana gamat dengan kehadiran keluarga, rakan serta peminat yang setia menantikan perlawanan akhir.

Dalam ucapannya semasa acara kemuncak, Pengarah Operasi Pemasaran & PR Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata, “Padel dan Volvo berkongsi nilai yang sama, keterangkuman, kesihatan dan hubungan insani. Melihat peserta dari pelbagai latar belakang membina persahabatan menerusi sukan ini amat memberi inspirasi.”
Pemenang Volvo Padel Open 2025:
- Kategori Lelaki Beginner: Omar Abd Aziz & Khairil bin Anuar menewaskan Christopher Rudra & Abu‘Ubaidah bin Zainal Arifin.
- Kategori Wanita Beginner: Ng Suhan & Nadia Syafiq muncul juara selepas mengatasi Wong Pui Yee & Farahnaz Ireena Binti Amer Hamzah.
- Kategori Lelaki Intermediate: Leong Kit Kuan & Nicholas Low Wei Loong mengatasi Christopher Vierhaus & Preman Manon.
- Kategori Mixed Intermediate: Florence Song Oon Hui & Raad Mukhtar Hamud menundukkan Helen Ulrika Andersson & Muhammad Faiz Effendi Yunus.
- Kategori Lelaki Advanced: Aidan Khairuddin Yunus & Andreas Falk Bjerrehus berjaya menewaskan Khoo Teng Seng Julian & Troy Teo Tiong Shen.
- Kategori Mixed Advanced: Sharifah Elysia Binti Wan Abdul Rahman & Christian Didier Chin Zao Quan tampil unggul mengatasi Delia Odette Arnold & Daniel Leong Prickett.
Dari sorakan gemuruh hingga detik kejuaraan yang menggetarkan, kejohanan ini bukan sekadar tentang persaingan, ia mencerminkan semangat komuniti dan pertumbuhan berterusan sukan padel di Malaysia.
Untuk keputusan penuh dan maklumat lanjut, layari: https://padel.volvocarmalaysia.com




