Artikel Pilihan

PINTU KEMIK, BODY CALAR. KOS REPAIR RM 50K

Tesla membuktikan SUV dan EV apabila bergabung akan menghasilkan satu produk yang sangat laku. Buktinya pada tahun 2024, Tesla Model Y merupakan antara kereta terlaris di dunia yang menjadi pilihan untuk segenap lapisan pengguna

Malangnya buat pengguna Tesla Model Y ini apabila SUV elektrik yang dipandunya telah terlanggar penanda parking yang berwana kuning dengan kerosakan utama berlaku di bahagian pintu dengan kesan kemik dan juga tercalar

Salah satu kemasan luaran iaitu kemasan penutup plastik di bahagian bingkai perumah tayar telah tercabut sepenuhnya. Bahagian sisi iaitu Quarter Panel juga telah tercalar dan memerlukan pembaikan sekiranya pemandu tidak mahu melihat Tesla Model Y ini menjadi buruk

Jika anda biasa dengan kemalangan ini, ia bukanlah isu besar dan memerlukan sedikit wang tunai untuk dibaiki kerana jika anda membuat tuntutan kemalangan besar kemungkinan NCD anda akan hilang sepenuhnya. Namun jika anda memandu Tesla Model Y, ia adalah tindakan bijak

Ini kerana pemandu ini telah menerima sebut harga sehingga $11,671 atau RM 49,601. Rasanya kalau kereta biasa di Malaysia, harga pembaikan sebegini adalah di bawah RM 500 berdasarkan pengalaman penulis sendiri

Namun anda perlu tahu harga kereta terutama kereta elektrik menjadi semakin mahal menjelang tahun 2025 terutama di pasaran global. Sebut harga yang dihantar oleh Tesla merangkumi upah buruh sebanyak $5,486 bagi kerja pembaikan selama 60.7 jam atau $91 sejam. Tapi pada hemat anda, adakah kerja pembaikan sebegini memerlukan masa sehingga 61 jam?

Untuk pengguna di Amerika, mereka boleh memilih untuk membiarkan syarikat insuran membayar kos pembaikan, namun dalam masa 5 tahun akan datang mereka akan membayar premium insurans yang lebih mahal dengan tambahan $1,000 setahun untuk lima tahun akan datang serta kehilangan diskaun istimewa untuk pemandu yang berhemah

Pilihan terbaik untuk pemandu Tesla ini adalah dengan melakukan proses pembaikan di bengkel pihak ke 3 dan bukan dibuat di pusat servis Tesla 5S (Sale, Service, Spare Part dan Body & Paint). Pintu dan kemasan sisi plastik boleh dicari dan diganti di bengkel luar, manakala bahagian Quarter Panel mungkin perlu disapu dengan simen khas sebelum dicat semula

Google ads
Back to top button