Motosikal

AVETA TEPIS DAKWAAN ADA KAITAN DENGAN DEMAK

AVETA Motor menafikan dakwaan bahawa jenama tempatan itu ada sebarang kaitan dengan Demak atau sebarang pertalian dengan jenama lain. 

AVETA dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial menjelaskan bahawa mereka adalah syarikat tempatan yang diuruskan di bawah Aveta Global Marketing Sdn Bhd yang merupakan sebahagian dari MAG Group. 

“Setiap aspek perniagaan kami – dari operasi ke pembangunan produk dan pemasaran – diuruskan secara tempatan oleh pengurusan tempatan yang komited dalam menghasilkan motosikal yang mampu milik dan berkualiti untuk pasaran tempatan,” jelas AVETA dalam satu kenyataan. 

Kekeliruan dikalangan orang ramai timbul selepas ada yang mengaitkan tawaran model sedia ada kelihatan seperti model jenama lain.

Namun begitu, penjelasan dari pihak AVETA ini mengesahkan bahawa jenama yang ditubuhkan sejak 2018 itu tiada sebarang pertalian dengan jenama lain disini. 

Google ads
Back to top button