Buletin

PENDERMA ANONYMOUS SUMBANG DANA RM2.3 BILION UNTUK KOLEJ AUTOMOTIF

Kolej McPherson ialah sebuah kolej yang terletak di bandar kecil McPherson, Kansas, Amerika Syarikat. Terdapat kira-kira 800 pelajar sarjana muda di kolej tersebut dan menurut U.S. News  serta World Report, kira-kira 85 peratus pemohonan diterima masuk ke kolej tersebut.

Apa yang penting ialah sekitar 150 hingga 160 daripada pelajar tersebut sedang mengikuti ijazah dalam Teknologi Pemulihan Automotif. McPherson merupakan satu-satunya institusi yang menganugerahkan ijazah dalam disiplin tersebut.

Kini timbul berita bahawa kolej tersebut mungkin akan menjadi lebih kaya selepas seorang penderma tanpa nama menjanjikan sehingga AS$500 juta (RM2.3 bilion) kepada kolej itu sekiranya berjaya mengumpul endowmen sebanyak AS$250 juta (RM1.26 bilion).

Maka, sekiranya kolej tersebut mencapai endowmen AS$250 juta (RM1.26 bilion), dengan tambahan AS$500 juta (RM2.3 bilion) dari penderma tersebut, ia akan menjadikan endowmen kolej tersebut berjumlah AS$750 juta (RM3.5 bilion) .

Presiden McPherson, Dr. Michael Schneider memberitahu endowmen sekolah itu kini berjumlah AS$53 juta(RM250 juta).

Menurut laporan oleh Bloomberg, pemaju hartanah Los Angeles iaitu Richard Lundquist dan isterinya Melanie, telah memberikan AS$50 juta (RM235 juta) kepada sekolah itu serta menderma sebuah Ferrari 365 GTB/4 Daytona sebagai alat pembelajaran.

Di samping itu, menurut Bloomberg, Melanie Lundquist “berkhidmat sebagai jurucakap untuk dermawan baharu yang tidak dikenali.”

Derma besar-besaran seperti ini jelas sekali akan menjadi transformasi untuk institusi seperti McPherson. Ia juga boleh memberi manfaat kepada semua pusat di Kansas kerana ia boleh memperkasakan lagi pelbagai program akademik pra-profesional, mengembangkan saiz fizikal sekolah dan membawa pekerjaan tambahan.

Pada masa ini, program automotif McPherson telah dipenuhi semuanya. Ia sudah pun menjadi salah satu jurusan paling popular. Jurusan ditawarkan di kolej itu memang memberi manfaat, bukan sahaja untuk institusi, bahkan kepada komuniti setempat.

Google ads
Back to top button