Buletin

LELAKI BERTUKAR JADI  ‘SPIDERMAN’ SELEPAS KERETA KENA SAMAN

Aksi spontan seorang lelaki meniru gaya adiwira Spiderman di tengah sebatang jalan yang sibuk di Kota Batu, Jawa Timur menjadi tular apabila netizen kehairanan melihat kelakuannya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, lelaki tersebut dikatakan seorang pemandu yang telah disaman oleh polis.

Secara tiba-tiba, dia membuat gaya seperti yang sering dilakukan oleh watak adiwira Spiderman ketika berhadapan dengan musuh dengan kedua-dua tangannya dicengkam pada atas jalan raya.

Aksi itu dilakukan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Di samping lelaki tersebut, terdapat seorang anggota polis terpaksa mengawal lalu lintas yang menjadi sesak disebabkan lagak pelik lelaki berkenaan.

Tiada sebarang penjelasan mengenai alasan kepada aksi lelaki tersebut buat masa ini. Namun, video itu menjadi tular dengan netizen memberi pelbagai komen lucu untuk  meneka punca kepada tindakan tersebut.

“Keretanya dapat surat saman, jadi mungkin dia tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata seorang netizen.

“Peter Parker (nama watak Spiderman) sedang mengadakan penggambaran di Indonesia,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi 

Google ads
Back to top button