Buletin

SERANGAN RUSSIA: PENGELUAR UMUM HENTI OPERASI, SALUR DERMA KEPADA UKRAINE

Toyota dan Honda merupakan pengeluar terbaharu yang mengumumkan penggantungan operasi perniagaan di kedua-dua negara Russia dan Ukraine berikutan perang yang sedang berlaku di kedua-dua wilayah tersebut.

Dalam siaran media, Toyota mengumumkan penamatan operasi jualan dan selepas jualan di 37 buah lokasi di Ukraine bermula 24 Februari, diikuti 168 buah lokasi di Russia, serta fasiliti pemasangan kenderaan yang terletak di St. Petersberg yang memasang model Camry dan RAV4 untuk pasaran Russia.

Aktiviti import kenderaan juga turut dihentikan disebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan.

Biarpun Honda tidak mempunyai sebarang fasiliti pemasangan di Russia atau Ukraine, pengeluar itu mengumumkan akan menghentikan aktiviti eksport kenderaan dan motosikal ke pasaran Russia, dan bakal memulakan kembali aktiviti yang disebutkan itu setelah situasi kembali normal.

Malah, Mazda turut diberitakan mengambil langkah yang sama seperti Honda.

Dalam pada itu, Stellantis mengumumkan bantuan derma sebanyak €1 juta (RM4.62 juta) bagi membantu misi kemanusiaan di Ukraine.

Sebelum ini, pada 1 Mac lalu CEO Ford Jim Farley mengumumkan penggantungan operasi di Russia dan mendermakan $100,000 (RM418,650) kepada Global Giving Ukraine Relief Fund.

Volkswagen dan Mercedes-Benz juga turut mendermakan wang sebanyak €1 juta (RM4.62 juta) untuk membantu Ukraine.

Sumber: Motor1

Google ads
Back to top button