
GEELY MULA MASUK PASARAN EV EROPAH TAHUN 2023 DENGAN GEOMETRY C
Geely Automotive Group China telah menandatangi perjanjian kerjasama strategik dengan Grand Automotive Central Europe Hungary.
Dengan perjanjian tersebut, ia menandakan secara rasmi kemasukan Geely ke pasaran Kesatuan Eropah (EU).
Untuk pengetahuan, aktiviti utama Grand Automotive Central Europe ialah mengimport dan mengedar kenderaan keluaran jenama Nissan di Hungary, Republik Czech serta Slovakia.

Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Geely International, Xue Tao pada majlis menandatangani perjanjian itu berkata, “Ini adalah kali pertama jenama Geely memasuki pasaran EU dan mewakili satu langkah ke hadapan yang penting untuk cita-cita globalisasi Geely.”
Di bawah perjanjian itu, Grand Automotive Central Europe akan menjual crossover elektrik Geely Geometry C di Hungary, Republik Czech dan Slovakia bermula separuh pertama 2023.
Strategi Go Globa’ itu bermula sejak November 2007 lagi untuk menjadikan Geely sebagai ‘kereta paling selamat, mesra alam, paling cekap tenaga yang boleh dipandu di seluruh dunia.’
Pada Mac 2020, Geely mencapai persetujuan dengan Ford untuk memperoleh sepenuhnya Volvo Cars dan menjadi kumpulan automotif multinasional China yang pertama.
Pada tahun 2017, kilang Geely di Belarus memulakan pengeluaran kereta untuk pasaran negara Zon Ekonomi Eurasia yang merangkumi Rusia, Belarus dan Kazakhstan.
Sebelum ini, strategi Eropah Lynk & Co berjaya dengan pengenalan Lynk & Co 02 di Amsterdam dan Lynk & Co 01 di Volvo Ghent di Belgium. Kini, kemasukan Geometry C ke pasaran EU dilihat dapat mengembangkan lagi pasaran antarabangsa jenama Geely.
- BACA: DRB-HICOM, GEELY DAN KERAJAAN NEGERI PERAK SEDIA LANJUT TEMPOH MOU UNTUK BANGUNKAN BANDAR AUTOMOTIF
- BACA: GEELY LANCAR JIAJI (EXORA) FACELIFT DI CHINA. REKAAN INFINITE WEAVE, PILIHAN VERSI PHEV, BERMULA RM77K
- BACA: GEELY BOYUE L – RUPA MACAM CADILLAC, LEBIH BESAR DARIPADA X70, BERMULA RM78K SAHAJA DI CHINA
- BACA: GEELY DEDAH FOTO TRAK PIKAP ELEKTRIK RADAR