Buletin

POLIS ITALI LENJAN LAMBORGHINI HURACAN HANTAR ORGAN DERMA SEJAUH 500KM. AMBIL MASA 2 JAM SAHAJA!!!

Pada beberapa minggu lalu, polis Itali menerima panggilan untuk memindahkan buah pinggang derma dari Rome ke Padua dengan pantas.

Tanpa mengggunakan jentera polis biasa ataupun mendapat kebenaran penerbangan helikopter, mereka bergegas memecut menggunakan Lamborghini Huracan.

Supercar berkenaan perlu melalui perjalanan sejauh 500 km yang mengambil masa lebih empat jam.

Begitupun, dengan kuasa pecutan jentera tersebut, pihak polis hanya mengambil masa dua jam sahaja memandu dalam anggaran 230 km/j sepanjang perjalanan.

Melalui hantaran klip di Twitter, pihak polis berkata anda tidak memerlukan kuasa super untuk menyelamatkan nyawa kerana kesepakatan, teknologi dan kecekapan mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

Lamborghini Huracan yang digunakan dilengkapi ciri-ciri penting seperti peralatan rakaman, kamera video, radio polis, pemadam kebakaran dan juga sistem storan penyejukan untuk penghantaran organ derma.

Justeru, tidak hairanlah mengapa supercar terbabit menjadi pilihan untuk membawa organ derma itu. – agensi

Google ads
Back to top button